Skip to main content

Hiburan

Majlis Pertunangan Bella Astillah & YB Syed Saddiq Catat 130 juta Tontonan Merentas Pelbagai Platform Astro

Astrogempak Bella Astillah (3)

Sekilas

  • Majlis pertunangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq pada 28 Mac mencatat hampir 130 juta tontonan merentas pelbagai platform Astro, termasuk TV, digital, radio dan media sosial.
  • Siaran langsung ini mendapat penglibatan tinggi dengan lebih 4 juta penonton di TV dan 6.5 juta tontonan langsung di platform digital, serta lebih 121 juta tontonan di media sosial dalam tempoh sehari.
  • Astro menampilkan integrasi jenama berteraskan nilai seperti SSPN, dan akan terus membawakan liputan eksklusif mengenai perjalanan Bella dan Syed Saddiq termasuk perkahwinan mereka yang bakal berlangsung.

Majlis pertunangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq pada 28 Mac berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia, sekaligus muncul sebagai antara momen budaya paling hangat diperkatakan di negara ini. 

Acara tersebut mencatatkan hampir 130 juta tontonan merentas pelbagai platform, dengan Astro memacu penglibatan kukuh menerusi ekosistem multi-platformnya termasuk Astro Ria, Astro AWANI, Astro Gempak, ERA, Astro GO dan Sooka.

Siaran langsung ini turut mencatatkan penglibatan tinggi di seluruh negara, dengan jumlah tontonan keseluruhan merentas semua platform Astro melebihi 4 juta penonton. 

Di platform digital, ia meraih lebih 6.5 juta tontonan langsung, sebelum berkembang kepada lebih 121 juta tontonan di media sosial Astro dalam tempoh sehari, sekali gus meletakkannya sebagai antara acara paling banyak ditonton tahun ini, selain mencerminkan bagaimana penonton berinteraksi secara lancar merentas pelbagai skrin.

Siaran langsung ini turut menyentuh emosi penonton menerusi momen-momen yang penuh makna dan relevan secara sosial. Antara yang paling mencuri perhatian ialah ucapan penuh menyentuh hati oleh YB Syed Saddiq yang menonjolkan kekuatan, ketabahan dan keprihatinan yang dimiliki oleh Bella Astillah sebagai seorang wanita dan ibu yang luar biasa, di samping menekankan kepentingan institusi kekeluargaan yang kekal utuh. Mesej ini mendapat perhatian meluas di seluruh Malaysia, menjangkau pelbagai lapisan penonton dan mencetuskan perbualan bermakna di seluruh negara.

Astro turut menampilkan integrasi jenama berteraskan nilai seperti SSPN, yang memberi nafas baharu kepada konsep hantaran dengan menekankan kepentingan pendidikan, perancangan kewangan serta nilai berpandangan jauh, sekali gus menambah dimensi yang lebih bermakna dan relevan kepada keseluruhan majlis. Integrasi rakan kerjasama lain termasuk Kitsui dan Great Wall Motor (GWM).

Pencapaian ini mencerminkan perubahan ketara dalam cara rakyat Malaysia menikmati kandungan hari ini, dengan penonton bergerak lancar antara TV, digital, radio dan media sosial secara masa nyata. 

Tingkah laku omni-saluran ini menyerlahkan kekuatan ekosistem bersepadu Astro sebagai Attention Company, di mana kandungan dapat diakses merentas semua platform bagi memaksimumkan capaian, relevansi dan impak budaya, sekaligus mengukuhkan kedudukan Astro sebagai antara tonggak utama dalam landskap budaya pop negara.

Menurut Naib Pengerusi, Hiburan dan Drama, Raqim Ahmad, “Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bella Astillah dan YB Syed Saddiq atas langkah pertama dalam perjalanan mereka bersama, serta kepercayaan yang diberikan kepada Astro untuk merakam detik penuh bermakna ini. 

Momen ini turut membuktikan kekuatan sebenar kandungan dan ekosistem Astro, di mana kandungan bergerak lancar merentas TV, digital, radio dan media sosial untuk mencipta pengalaman bersatu di seluruh negara. Skala penglibatan yang dicapai mencerminkan sejauh mana rakyat Malaysia berhubung dengan kisah ini, sekali gus mengukuhkan keupayaan kami dalam mengangkat detik masa nyata menjadi fenomena budaya.”

Astro akan terus membawakan pelbagai momen eksklusif dan wajib tonton kepada para penonton menerusi liputan istimewa mengenai perjalanan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq termasuk detik perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, secara eksklusif di Astro.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement