Skip to main content

Viral

Sumud Flotilla: Kapal Dinaiki Zizi Kirana Dipercayai Ditahan Tentera Israel Di Perairan Antarabangsa

Sumud Frotilla: Kapal Dinaiki Zizi Kirana Dipercayai Ditahan Tentera Israel Di Perairan Antarabangsa

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Malaysia, Zizi Kirana dipercayai ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel dalam insiden pemintasan flotilla bantuan ke Gaza pada awal pagi Khamis.

Insiden itu berlaku selepas sebuah kapal Global Sumud Flotilla (GSF), Huga dilaporkan dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa.

Advertisement

Berita itu dimaklumkan menerusi satu mesej rakaman yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi @sumudnusantaraofficial.

“Nama saya Zizi Kirana, saya adalah warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.

“Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

“Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat, terima kasih,” ujarnya.

Video itu dipercayai dirakam sebelum Zizi ditahan oleh rejim Zionis.

Rakaman video yang dimuat naik sebelum pemintasan berlaku dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya komunikasi terputus.

 

 Setakat ini, sekurang-kurangnya enam kapal telah diceroboh Israel, manakala lapan rakyat Malaysia dipercayai ditahan tentera negara itu.

 

Selain Zizi (Huga), terdapat empat wakil Malaysia yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama

GSF dalam kenyataan rasmi menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang laut antarabangsa dan hak asasi manusia, memandangkan kapal-kapal tersebut berada di perairan antarabangsa dan tidak bersenjata.

Mereka turut mendakwa sistem komunikasi kapal telah diganggu secara sengaja bagi menghalang siaran langsung dan isyarat kecemasan.

Tiga kapal dikenali sebagai Alma, Sirius dan Adara menjadi sasaran pemintasan dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam waktu Gaza.

Terdahulu, sebanyak 10 buah dron dianggarkan berlegar dalam formasi mencurigakan mengelilingi ruang udara konvoi GSF yang sedang belayar menuju ke Gaza. 

Must-Watch Video

Advertisement