Skip to main content

Hiburan

Selepas Dua Tahun Bersama, Pemain Bola Sepak Kebangsaan Sah Berpisah Dengan Isteri

Azizah Salsha

Pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan dan isterinya, Azizah Salsha sah bercertai selepas keputusan itu dimuktamadkan oleh Mahkamah Agama Tigaraksa pada Isnin. 

Perceraian pasangan muda itu disahkan melalui pembacaan ikrar talak oleh peguam syarie Pratama, Singgih Tomi Gumilang di hadapan hakim. 

Pembacaan ikrar tersebut menandakan tamatnya ikatan rumah tangga mereka secara sah mengikut undang-undang.

Menurut wakil peguam Pratama, anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sedang menumpukan perhatian terhadap persiapan bagi perlawanan Asia Elite Cup 2 di Bangkok. 

“Klien kami, Pratama Arhan, tidak dapat hadir kerana sedang membuat persiapan untuk perlawanan Asia Elite Cup 2 di Bangkok yang akan berlangsung pada 1 Oktober. 

“Pihak kelab juga tidak membenarkan beliau meninggalkan persiapan tersebut,” jelasnya kepada media di Mahkamah Agama Tigaraksa.

Advertisement

Walaupun begitu, pihak peguam menggunakan kuasa istimewa bagi membolehkan ikrar talak tetap dibacakan tanpa kehadiran fizikal Pratama.

Memetik laporan CNN Indonesia, perceraian ini hanya melibatkan pemutusan ikatan rumah tangga sahaja dan belum menyentuh isu pembahagian harta atau perkara lain yang berkaitan.

Dengan selesainya pembacaan ikrar talak itu, hubungan suami isteri antara Pratama Arhan dan Azizah Salsha kini sah berakhir di sisi undang-undang.

Sebelum ini, Arhan dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Azizah secara senyap-senyap tanpa sebarang kenyataan terbuka daripada kedua-dua pihak.

Untuk rekod, Arhan dan Azizah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023.

Must-Watch Video

Advertisement