Skip to main content

Viral

Sumud Flotilla: Live Terhenti Kerana Sistem Radio Dipintas, Ardell Sempat Beritahu Isra*l Ugut: “See You In Jail”

Live Terhenti Kerana Sistem Radio Dipintas, Ardell Sempat Beritahu Israel Ugut

See you in jail' adalah antara mesej yang diterima oleh peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) daripada rejim Israel yang telah memintas sistem radio kapal sebelum komunikasi dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) di sini terputus.

Nurul Hidayah Mohd Amin, atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, menerusi IG story yang sempat dihantar memaklumkan bahawa pasukan keselamatan Israel telah bertindak menyekat talian internet dan menghalang capaian komunikasi ketika Kapal Mikeno yang dinaikinya dalam misi kemanusiaan itu berada di Zon Merah R3 sejak 9 malam tadi waktu Gaza.

Advertisement

"Saya sedang cuba sorok telefon bimbit saya. Tentera Israel sedang sekat semua line Internet kami… dan kami sedang cuba plug in off. Saya tunggu masa untuk live semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami," katanya.

Setakat 4.30 pagi ini, SNCC mengesahkan tiga kapal misi GSF iaitu Alma, Sirius dan Adara telah diceroboh naik tentera Israel manakala lapan status kecemasan amaran peringkat tinggi telah diaktifkan.

Kapal Alma membawa tiga aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza iaitu Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil manakala Kapal Sirius pula membawa Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli serta Rusydi.

Bagaimanapun, keadaan atau status peserta misi kemanusiaan di ketiga-tiga kapal yang ditahan rejim Zionis itu masih belum diketahui.

Ketika ini, seramai 23 aktivis Malaysia menyertai konvoi pelayaran ke Gaza itu.

Ardell Aryana juga berkata peserta konvoi itu tetap berpegang teguh pada matlamat untuk menghantar bantuan kepada penduduk awam di Gaza walaupun sedang dikepung.

"Belum cukup membongkarkan kegiatan mereka! Ya Allah, selamatkan semua orang awam yang bersama kami untuk hantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Walaupun kami telah dikepung, kami yakin Allah bersama kami!" katanya.

Sementara itu, Sumud Nusantara dalam akaun TikTok rasminya telah memuat naik video prarakaman tujuh rakyat Malaysia yang disahkan telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.

Mereka ialah Haikal, Muaz, Zulfadhli dan Rusydi yang menaiki Kapal Sirius, serta Iylia, Musa Nuwayri dan Sul Aidil yang menaiki Kapal Alma.

Berikut adalah data dikongsi SMD setakat jam 4.50 pagi tadi: 


1. 3 buah kapal diserang
2. 12 buah kapal memberi signal SOS emergency 
3. Kapal-kapal kecil disimbah air
4. Beberapa orang ditahan dan dibawa oleh askar Israel termasuk 7 rakyat Malaysia. 
5. Live Haroq, Ardell, Zizi, Farah Lee terputus. Hanya Hazwani masih Live.
6. Semua sesi Live berakhir bila kapal-kapal Israel mendekati kapal mereka.
7. Dipercayai kapal Israel mengganggu isyarat internet kapal-kapal flotilla
8. Semua sukarelawan bersedia membuang telefon mereka ke laut (Kemungkinan besar ramai sudah buang bila kapal Israel datang mendekat/mula menawan kapal mereka. 

Sumber: BERNAMA

Must-Watch Video

Advertisement