Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila anak buahnya yang juga bintang Talk To My Manager, Ahamd Daiyan berjaya melayakkan diri ke minggu akhir.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Siti menitipkan kata semangat buat Daiyan agar terus berusaha memperbaiki mutu persembahannya.
“Alhamdulillah, tahniah Amad berlajar dari kesilapan dan jangan terlalu selesa. Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah tarikan untuk setiap persembahan yang hebat,” katanya.
“Kena usaha lebih lagi untuk final. Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” tambah Siti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan Amad kerana berjaya mara ke peringkat akhir selain berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh Siti.
“Alhamdulillah tahniah Mak Iti, Amad dah buat yang terbaik.
“Good luck, Amad.
“Bagusnya dapat teguran direct dari Biduanita Negara untuk improvement.
“Tahniah Amad.
“Kalau i jadi Amad, i feel humbled plus mesti ada segan dengan Mak Iti dia, yang sayang tapi masih juga mengajar,” komen netizen.
Siti Saerah dan Amad berjaya melangkah ke minggu akhir bersama Liza Hanim X Marsya, Ameng X Ammar, Shuib X Thalita, Ina Naim X Hadie, dan Sharifah Shahira X Audra.