Skip to main content

Berita

Dua Kapal Flotilla Terus Berlayar Ke Gaza, Langgar Arahan Israel

flotilla

Penganjur Global Sumud Flotilla (GSF) mengesahkan bahawa dua kapal dalam konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, sebuah kapal bernama Meteque dan sebuah kapal layar bernama All In, telah “mengingkari arahan Israel untuk berhenti” dan kini meneruskan pelayaran ke arah pesisir Gaza.

Menurut kenyataan rasmi GSF, pada jam 2 pagi waktu Gaza, kedua-dua kapal berada kira-kira 60 batu nautika (sekitar 111 kilometer) dari pantai Gaza.

Advertisement

Kedudukan semasa kedua-dua vessel masih belum dapat dipastikan, dan penganjur menyatakan bahawa maklumat lanjut akan dikongsikan sebaik tersedia.

Tindakan berani ini berlaku selepas beberapa kapal lain dalam flotila dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa, mencetuskan kecaman global dan sokongan meluas terhadap misi kemanusiaan tersebut.

GSF terdiri daripada hampir 50 kapal dan lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk tokoh terkenal seperti Greta Thunberg dan Mandla Mandela.

Misi ini membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti kepada rakyat Gaza yang terjejas akibat konflik dan sekatan berpanjangan

Sumber: AWANI

Must-Watch Video

Advertisement