Skip to main content

Selebriti

Hanya Mahu Tahu Pengalaman, Intan Najuwa Perjelas Salah Faham Isu VBAC - “Doktor Beri Saya Lampu Hijau”

Bakar isteri

Sekilas

  • Intan Najuwa menjelaskan bahawa perkongsiannya mengenai VBAC bukan untuk mempertikaikan kaedah kelahiran caesarean, tetapi untuk mendapatkan pandangan daripada ibu-ibu yang pernah melalui pengalaman tersebut.
  • Dia menegaskan tidak menentang kelahiran secara pembedahan kerana anak pertamanya dilahirkan melalui C-section atas faktor kesihatan dan sentiasa mengutamakan keselamatan ibu dan bayi.
  • Intan menafikan dakwaan yang mengaitkan kenyataannya dengan isu perkauman atau mentaliti tertentu dan hanya bertanya tentang tip serta pengalaman VBAC tanpa memulakan perdebatan.

Pelakon, Intan Najuwa tampil menjelaskan salah faham netizen mengenai kenyataannya sebelum ini untuk mencuba kaedah vaginal birth after caesarean (VBAC) bagi kelahiran anak keduanya.

Menerusi Threads, Intan berkata perkongsiannya itu bukanlah untuk mempertikaikan kaedah kelahiran secara caesarean (czer), sebaliknya hanya mahu mendapatkan pandangan daripada ibu-ibu yang pernah melalui pengalaman dan proses tersebut.

“Saya rasa ada sedikit salah faham mengenai status saya sebelum ini tentang VBAC. Saya cuma bertanya tentang tip dan pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah melalui VBAC kerana doktor telah memberi saya lampu hijau untuk mencubanya.

“Sudah tentu saya gembira untuk meneroka pilihan tersebut,”tulisnya.

Dalam masa sama, Intan turut menegaskan bahawa dia tidak pernah menentang kaedah kelahiran secara pembedahan memandangkan anak pertamanya juga dilahirkan dengan menggunakan prosedur tersebut atas faktor kesihatan.

“Anak pertama saya dilahirkan melalui kaedah C-section kerana pada waktu itu keutamaan saya sama sahaja iaitu asalkan bayi dan ibu selamat serta sihat.

“Malah, sayalah orang yang terus bersetuju apabila doktor menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan itu.

“Ia tidak pernah tentang nak sangat beranak normal atau mahu membuktikan apa-apa kepada sesiapa.

“Kalau saya berpeluang melalui pengalaman VBAC, Alhamdulillah. Kalau tidak, itu tak mengapa.

“Pada akhirnya, saya akan sentiasa mengikut nasihat doktor dan memilih apa yang paling selamat untuk ibu dan bayi,”ujarnya.

Dalam pada itu, Intan turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan kenyataannya mengenai VBAC dengan isu perkauman atau mentaliti tertentu.

“Perkara ini tiada kaitan langsung dengan kaum atau mentaliti Melayu. Saya ada kawan daripada pelbagai bangsa dengan pilihan dan pengalaman yang berbeza-beza.

“Ada yang lebih memilih kelahiran normal, caesarean dan ada yang ikut sahaja apa yang selamat apabila tiba masanya.

“Saya sebenarnya cuma bertanya tentang tip dan pengalaman VBAC, bukannya memulakan perdebatan tentang kaum, kaedah bersalin atau cara pemikiran,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement