Skip to main content

Berita Tempatan

Shiha Zikir Tampil Dengan ‘Memori Raya’, Bawa Elemen Nostalgia Aidilfitri

Astro Gempak shiha memoriraya

Sekilas

  • Shiha Zikir lancar single terbaru berjudul Memori Raya yang menggabungkan elemen nostalgia dan tema kenangan Aidilfitri bersama keluarga.
  • Lagu ini dihasilkan secara spontan dalam tempoh singkat dengan konsep moden, berbeza daripada lagu raya tradisional sebelum ini.
  • Video muzik Memori Raya menampilkan individu dari media sosial yang dijemput untuk mencipta pengalaman dan kenangan baru bersama Shiha.

Selepas kejayaan lagu Tum Tum Raya, penyanyi Shiha Zikir kembali memeriahkan musim perayaan dengan single terbaharu berjudul Memori Raya.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer Iqie Hugh dan John Jeeves, serta menjadi kolaborasi antara Shiha Zikir Empire bersama Giant Malaysia.

Menurut Shiha, Memori Raya bukan sekadar lagu raya biasa, sebaliknya sarat dengan elemen nostalgia yang mampu mengusik emosi pendengar.

"Walaupun melodinya bersifat ceria dan catchy, lirik lagu itu sebenarnya mampu menyentuh emosi pendengar serta mengingatkan mereka kepada memori indah bersama keluarga.

"Apabila saya memperdengarkan lagu ini kepada keluarga, ramai yang tersentuh walaupun melodinya rancak. Mungkin kerana liriknya membuatkan kita teringat kembali kenangan lama," katanya.

Bercerita tentang proses pembikinan, Shiha menjelaskan lagu tersebut disiapkan dalam tempoh singkat, selari dengan konsep moden yang ingin diketengahkan kali ini.

"Sebelum ini, saya sudah banyak menghasilkan lagu raya berentak tradisional dan joget. Namun, kali ini, saya mahu tampil dengan sesuatu yang lebih segar dan moden.

"Idea untuk menghasilkan lagu itu tercetus secara spontan ketika Ramadan dan proses menghasilkannya dibuat dalam tempoh singkat tapi semuanya berjalan lancar," katanya.

Dari sudut mesej, Memori Raya mengetengahkan tema kenangan Aidilfitri yang sering dikaitkan dengan kampung halaman, pertemuan bersama keluarga dan detik kebersamaan menjelang Syawal.

Menariknya, pengalaman penggambaran video muzik lagu ini turut mencipta cerita tersendiri apabila Shiha mengundang individu yang tidak dikenali dari media sosial untuk turut serta.

"Saya memilih beberapa orang yang saya tidak kenal melalui media sosial untuk datang dan merasai sendiri pengalaman berada di set penggambaran video muzik.

"Saya juga mahu berkenalan dengan orang baharu. Apa yang menggembirakan, mereka semua sangat teruja sepanjang penggambaran walaupun ia mengambil masa panjang.

"Pengalaman itu sangat bermakna kerana mereka sama-sama mencipta kenangan baharu yang selari dengan konsep lagu Memori Raya," ujarnya.

Dalam masa sama, Shiha meluahkan rasa gembira dengan kerjasama bersama Giant Malaysia yang disifatkan sebagai peluang untuk lebih dekat dengan orang ramai melalui pelbagai kempen dan aktiviti sepanjang musim perayaan.

 

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement