Sekilas
- Sweet Qismina berkongsi hasrat untuk menyambung pengajian selepas lama fokus pada kerjaya seni.
- Dia bertanya tentang kursus jangka pendek yang sesuai untuk diikuti secara separuh masa di platform Threads.
- Hasrat Sweet disokong oleh Puteri Sarah Liyana yang sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana.
Pelakon, Sweet Qismina meluahkan hasrat untuk kembali menyambung pengajian selepas sekian lama memberi tumpuan kepada kerjaya seni.
Menerusi satu perkongsian platform Threads, Sweet bertanyakan pandangan mengenai kursus jangka pendek yang sesuai untuk diikuti secara separuh masa.
“What’s the best short course that I can do as a part time student ek?
“Tiba-tiba rindu nak sambung belajar. Nak sambung master tapi tergendala lama dah haha,” kongsinya.

Lebih manis lagi, hasrat Sweet itu disambut baik dan disokong oleh aktres, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana
“Sweet! I tengah sambung master. Once ada momentum dah u mesti auto rajin.
“Bila dapat thesis tu rasa macam bersemangat sangat!” balasnya.
