Skip to main content

Indonesia

Keluarga, Peminat Bawa Kek Rai Ulang Tahun Allahyarham Vidi Aldiano Di Kubur

Astro Gempak vidi kubur

Sekilas

  • Pada 29 Mac 2025, penyanyi Vidi Aldiano akan genap 36 tahun jika masih hidup, namun beliau meninggal dunia beberapa minggu sebelum tarikh tersebut akibat kanser.
  • Keluarga dan kelab peminat mengadakan majlis di kubur Vidi di TPU Tanah Kusir, Jakarta Selatan, dengan tema 'Vidi Tetap Hidup' yang melambangkan meneruskan warisan kebaikan allahyarham.
  • Selain bacaan doa dan tabur bunga, mereka juga mengunjungi rumah anak yatim untuk berkongsi rezeki dan meraikan ulang tahun Vidi secara sederhana.

Jika masih hidup, penyanyi Vidi Aldiano genap berusia 36 tahun pada tanggal 29 Mac 2025.

Namun takdir berkata lain. Vidi dijemput Ilahi beberapa minggu sebelum genap 36 tahun kerana penyakit kanser.

Demi memperingati kemuliaan hati Vidi semasa hayatnya, keluarga dan kelab peminat telah menganjurkan satu majlis yang merangkumi bacaan doa sehingga membawa kek ulang tahun ke kubur allahyarham.

Menerusi pelbagai perkongsian di media sosial, bapa Vidi, Harry Kiss, isteri, Besbarini dan rombongan sahabat serta peminat berada di kubur Vidi di TPU Tanah Kusir, Jakarta Selatan, pada hari ulang tahunnya.

Mereka bukan hanya membawa sepanduk dan bunga tetapi juga beberapa biji kek berwarna biru yang merupakan warna kegemaran allahyarham di kubur Vidi dengan mengusung tema Vidi Tetap Hidup.

Tema Vidi Tetap Hidup dipilih peminat sebagai bentuk meneruskan warisan kebaikan yang ditinggalkan oleh pelantun Status Palsu tersebut.

“Kami ingin agar kebaikan-kebaikan Vidi, senyumannya, kasihnya dan persahabatannya tetap hidup hingga saat ini, bahkan seterusnya," ujar ketua kelab peminat penyanyi itu, Vidies.

Selepas membaca doa dan menabur bunga, mereka mengunjungi rumah anak yatim untuk merayakan ulang tahun allahyarham dan berbagi rezeki.

“Kami adakan majlis sederhana. Majlis doa, makan-makan dan berbagi rezeki. Tujuan kami adalah untuk mendoakan kesejahteraan allahyarham di sana,” tambahnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement