Skip to main content

Hiburan

Shah Slam Kongsi Tips Untuk Kekal Relevan Dalam Industri - “Biasakan Diri & Berkawanlah Kebosanan”

Shah Slam

Sekilas

  • Shah Slam berkongsi rahsia kekal relevan dalam industri seni dengan membiasakan diri dengan kebosanan.
  • Beliau menekankan pentingnya konsistensi dan usaha berterusan dalam melakukan perkara yang sama berulang kali untuk mencapai kejayaan.
  • Shah juga menegaskan bahawa kerjaya seni memerlukan ketekunan dan istiqamah, walaupun orang hanya nampak hasil akhirnya sahaja.

Gitaris terkenal, Shah Slam mencuri berkongsi pandangannya mengenai rahsia untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam industri seni tanah air.

Menerusi satu ciapan di Threads, Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim berpendapat bahawa antara kunci utama untuk kekal relevan adalah membiasakan diri dengan kebosanan.

Bukan itu sahaja, Shah turut menyarankan seseoranv itu untuk terus konsisten melakukan perkara yang sama berulang kali demi mencapai kejayaan.

“Ramai tanya macam mana nak mantain dalm industri. Satu je pesanan saya, kena biasakan dan berkawanlah dgn kebosanan sebab itulah kejadiannya.

“Perkara yang baik kena ada effort berterusan. Perlu lakukan berulang kali benda yang sama beribu kali,” tulisnya.

Tambah Shah, kerjaya sebagai seorang anak seni bukanlah satu perjalanan yang mudah sepertimana yang difikirkan orang ramai.

“Orang nampak yang kita selalu ada, orang tak nampak masa yang kita habiskan untuk kekal ada.

“Dalam satu perkataan, istiqamah,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju dengan pendapat yang ditulis Shah Slam.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement