Sekilas
- Ozlynn Wati berkongsi pengalaman mengumpul beg tangan berjenama mewah yang hanya diketahui oleh rakan terdekat dan bukan untuk dipamerkan umum.
- Dia memilih beg tangan dengan warna yang mahal dan terhad, malah ada yang dipinjamkan kepada kawan untuk acara tertentu.
- Sekarang, Ozlynn berubah perspektif dan lebih suka gaya hidup sederhana kerana memikirkan soal akhirat dan tanggungjawab di sana.
Perkongsian seorang individu di Threads mengenai pembelian beg tangan mahal dan murah mendapat perhatian pelakon Ozylnn Wati.
Isteri kepada pelawak Johan ini mengakui dia sebelum ini gemar mengumpul beg tangan berjenama mewah namun, koleksi tersebut bukan untuk dipamerkan kepada umum, sebaliknya hanya diketahui oleh rakan terdekat.
“I beli dulu memang sebab I suka… I pilih color yang mahal yang susah nak dapat dan limited tapi I pakai bukan untuk tontonan umum… hanya beberapa kawan saja tau I memang ada collection bag dan kadang kawan nak pakai pergi event pun I bagi,” kongsinya.
Dalam masa sama, Ozlynn turut berkongsi perubahan perspektifnya terhadap gaya hidup, terutama apabila memikirkan soal akhirat.
“Tapi sekarang bila tengok my collection bags… apa I nak jawab dengan Allah nanti... even baju mahal yang labuh tapi ikut bentuk tubuh pun I takkan jual balik… biar rugi kat dunia.

“Takut orang beli pakai saham I kat akhirat macam mana 😭😭. Bag mungkin ada yang nak jual… I suka simple life now. Tenang,” kongsinya.