Sekilas
- Che Puan Juliana Evans mengumumkan kehamilan anak ketiga menerusi hantaran di platform Threads.
- Juliana berkongsi foto dirinya tersenyum sambil memegang perut dan menyatakan tahun ini masa sesuai untuk tambah ahli keluarga.
- Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah, sudah dikurniakan dua cahaya mata sejak berkahwin pada 2017.
Pelakon, Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Berita tersebut dikongsikan Juliana menerusi satu hantaran di platform Threads pada Khamis.
Lebih istimewa lagi, hantaran itu turut disertakan dengan foto merakamkan dirinya yang sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.
“Agaknya saya memang tak serik! Lol, bergurau sahaja.
“Sebenarnya saya memang tahu saya akan menimang sekurang-kurangnya seorang lagi anak dan tahun ini adalah masa yang paling sesuai.
“Saya? Seorang ibu kepada tiga orang anak? Saya sendiri masih cuba untuk menghadam kenyataan itu,” katanya.

Sementara itu, perkongsian tersebut juga turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada netizen.
Untuk info, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan Tengku Ihsan.