Skip to main content

Viral

Fify Azmi Tenang Beli Barang Dapur - "Seing A Full Cart Just Heals Something In Me"

Astro Gempak fify (1)

Sekilas

  • Fify Azmi berkongsi cara menenangkan fikiran dengan membeli barang dapur di Instagram Story selepas didakwa menjadi mangsa kecurangan.
  • Pelakon itu mendedahkan perbualan bekas kekasihnya dengan wanita lain sebagai peringatan kepada wanita supaya percaya pada naluri sendiri.
  • Fify memilih untuk meneruskan hidup dengan tenang dan memadamkan perkongsian asal kerana ia sudah berkembang jauh dari tujuan asal.

Pelakon Fify Azmi kekal tenang! Terbaharu, Fify berkongsi satu hantaran ringkas di Instagram Story swafoto ketika berada di sebuah pasar raya sambil berkongsi cara tersendiri untuk menenangkan fikiran.

“Buying groceries actual therapy. Don't ask me why. Seeing a full cart just heals something in me,” tulisnya.

Perkongsian tersebut hadir beberapa hari selepas Fify menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya didakwa menjadi mangsa kecurangan dalam sebuah hubungan.

Menerusi beberapa hantaran di Threads, Fify berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan bekas kekasihnya dengan seorang wanita lain.

Menurut Fify, dia pada awalnya tidak pernah berniat untuk membuka kisah peribadi kepada umum. Namun, dia berharap perkongsian tersebut dapat menjadi peringatan kepada wanita lain supaya sentiasa mempercayai naluri sendiri dan tidak mudah terpedaya dengan penampilan luaran seseorang.

“Saya tidak terfikir untuk berkongsi perkara sebegini. Tetapi jika ia dapat membantu wanita di luar sana untuk mempercayai naluri sendiri maka ia berbaloi untuk dikongsikan,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Padu itu turut mengakui dirinya sudah memilih untuk meneruskan kehidupan dan menghargai ketenangan berbanding memaksa kesetiaan daripada individu yang salah.

Tidak lama kemudian, Fify memaklumkan bahawa dia telah memadamkan thread berkenaan kerana merasakan perbincangan yang tercetus sudah berkembang jauh daripada tujuan asal perkongsiannya.

“I decided to remove the thread because I feel it has already reached far beyond what I initially intended.

"To all women, you are not alone. The right people will value you without needing to be reminded,” tulisnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement