Skip to main content

Hiburan

Selamat Melahirkan Soleil Zephora Ghazali, Alyssa Diguise: “Kita Berhasil Sayang”

Astrogempak ALGHAZALI

Sekilas

  • Alyssa Diguise, isteri Al Ghazali, selamat melahirkan bayi perempuan sulung mereka bernama Soleil Zephora Ghazali pada 10 Mei 2026.
  • Alyssa berkongsi rasa syukur dan terharu dengan kehadiran suaminya sepanjang proses kelahiran yang berlangsung selama dua hari.
  • Nama Soleil bermaksud matahari manakala Zephora membawa maksud kelembutan, melambangkan makna mendalam dalam kehidupan keluarga mereka.

Model yang juga merupakan isteri Al Ghazali, Alyssa Diguise melahirkan perasaan bahagia dan teruja selepas selamat melahirkan anak sulung mereka pada 10 Mei 2026.

Bayi perempuan yang lahir sekitar pukul 8.16 pagi waktu tempatan itu diberi nama Soleil Zephora Ghazali. Soleil merupakan bahasa Perancis yang bererti matahari manakalan Zephora membawa maksud kelembutan.

Berada dalam keadaan sihat, Alyssa menyampaikan pesan menyentuh buat suaminya, Al Ghazali. Anak sulung Ahmad Dhani itu diketahui berada di sisi Alyssa sepanjang proses melahirkan.

"Kamu hebat, kita berhasil sayang. Kelahiran ini membuatku semakin sedar bahawa saya telah memilih orang yang tepat untuk menemani hidupku," tulisnya.

Dalam ucapannya, wanita berusia 28 tahun itu juga mengatakan tidak dapat membayangkan dirinya mengharungi detik melahirkan bayi perempuan mereka secara berseorangan. Justeru, kehadiran Al banyak membuat hatinya tenang.

Dia juga menyifatkan kehadiran Soleil sebagai pelengkap dan memberi lebih banyak makna dalam kehidupan mereka.

“Soleil, anda adalah jawapan kepada doa kami. Anugerah terhebat yang telah kami dapatkan. Anda matahari kami selamanya.

“Mama dan Ayah sayang kamu lebih daripada sekadar kata-kata,” tulisnya sebelum mengakhiri kapsyen di Instagram dengan Alhamdulillah.

Alyssa diketahui melahirkan anak terlewat daripada tarikh yang dijangka doktor dan sempat mengalami kontraksi selama dua hari, sebelum ibunya mengumumkan sudah menimang cucu di media sosial.

Advertisement