Skip to main content

Hiburan

“Saya Selesa Saja Orang Panggil Saya Macam Shila Amzah” - Syada Amzah

Shila Amzah

Sekilas

  • Syada Amzah selesa apabila orang melihat dirinya sama seperti kakaknya, Shila Amzah, kerana mereka membesar bersama dan berkongsi personaliti hampir sama.
  • Pada awalnya, tanggapan itu memberi kesan kepada Syada, tetapi dia kini melihatnya secara positif dan menganggap Shila sebagai idolanya.
  • Syada mula terlibat dalam dunia seni sejak kecil dengan menemani Shila ke sesi rakaman sejak umur lima tahun.

Penyanyi Syada Amzah mengakui dia berasa selesa apabila rakan-rakan melihat dirinya sama seperti kakaknya yang juga penyanyi terkenal, Shila Amzah. 

 

Syada, 25, berkata, persamaan itu bukan sesuatu yang asing memandangkan mereka membesar bersama sejak kecil dan berkongsi personaliti yang hampir sama.

 

"Saya selesa sahaja orang panggil saya macam Shila Amzah. Kalau kawan-kawan jumpa saya atau kakak, mereka akan kata sebenarnya kami orang yang sama. Kami kelakar dan lebih kepada ‘dark humor’

 

"Saya tak pernah ada masalah kalau orang nak cakap saya sama dengan kakak. Saya tak rasa ia sekadar perlian dan memang tak kisah sebab kami membesar sama-sama. 

 

“Nak atau tak, kami memang akan nampak macam kembar,” katanya ketika menjadi tetamu dalam podcast Bukak Mulut.

 

Syada turut mengakui pada peringkat awal, tanggapan sedemikian sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya sebelum dia belajar melihatnya dari sudut yang lebih positif.

 

"Kalau tahun-tahun lalu, tanggapan itu beri kesan juga. Saya tertanya-tanya kenapa orang kata begitu. Tapi lama-lama saya fikir, kami memang membesar sama-sama.

 

"Kalau orang pernah tengok majalah atau baca betul-betul, salah seorang idola saya memang Shila Amzah sebab nak tak nak, dia kakak saya,” katanya.

 

Tambah Syada, penglibatannya dalam dunia seni juga bermula sejak usia yang sangat muda apabila sering menemani Shila ke sesi rakaman.

 

"Dari umur saya lima tahun, saya dah ikut kakak pergi rakaman. Itu memang sebahagian daripada hidup saya. Kalau orang tanya siapa yang paling ‘multitalented’ dan ‘all rounded’, di mata saya memang kakak saya,” ujarnya. 

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement