Sekilas
- Tunang pelakon Puteri Balqis, Didi, menafikan dakwaan bahawa bapa tiri kekasihnya terlibat dengan barang terlarang.
- Didi menjelaskan sambutan hari jadi bapa tiri iaitu Farris, hanya diraikan secara sederhana bersama keluarga terdekat.
- Didi turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang menyebarkan dakwaan tidak berasas tersebut di media sosial.
Tunang pelakon, Puteri Balqis yang dikenali sebagai Didi tampil bersuara susulan tuduhan netizen yang mendakwa bapa tiri kekasihnya itu mengambil barang terlarang.
Didi menerusi hantaran di Insta Story miliknya menyifatkan dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas.
Malah kata Didi, sambutan hari lahir bapa tiri Puteri Balqis iaitu Farris hanya diraikan secara sederhana bersama ahli keluarga terdekat dan bukan seperti dakwaan yang tular di platform Threads.
“Apak celebrate birthday dengan family je pun. Ada ke orang bakar lilin pakai ranting kayu?” coretnya.
Menerusi coretan itu juga, Didi turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap individu tertentu yang tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.
“Bila penagih sebenar sakit hati tengok orang lain bahagia tanpa barang, ni lah jadinya. Bagai kencing ke daun keladi,” tulisnya.
Coretan itu turut disertakan dengan tangkap layar hantaran tular di Threads yang mempertikaikan cara bapa tiri Puteri Balqis memegang pemetik api sehingga dikaitkan dengan dakwaan penagih dadah.
