Pelakon, Uqasha Senrose enggan menggulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama pasangan pelakon, Kamal Adli.
Uqasha yang hadir ke program MeleTOP bagaimanapun cuba mengelak daripada bertemu rakan media yang menantinya di studio.
“Saya okey, tidak mahu ditemu bual sebab sedang sakit tekak,”katanya.
Terdahulu, nama Uqasha dan suami, Kamal Adli menjadi bualan warganet apabila didakwa saling tidak mengikuti (unfollow) di Instagram (IG) malah timbul spekulasi mendakwa hubungan suami isteri itu kini sedang goyah.
Advertisement
Bagaimanapun, Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham antaranya dan Uqasha untuk memperbetulkan kenyataan segelintir netizen yang membuat andaian tidak berasas mengenai kehidupannya.
Spekulasi semakin bertambah apabila Uqasha berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya dan anaknya, Qaira yang sukar mendapat tidur lena akibat batuk teruk dan demam.
Perkongsian itu seperti memberi bayangan hanya dirinya sahaja yang menjaga puteri kesayangannya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen meluahkan walaupun dirinya tidak mendapat rehat yang cukup, namun dia terus kuat demi menjaga putri sulungnya itu.
Dalam masa yang sama, Uqasha juga tidak dapat menanggung rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya berikutan terpaksa ditinggalkan kerana komitmen kerja.
Sekadar info, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.