Sekilas
- Farah Idayu meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan meminta dia menyanyi pelbagai lagu tanpa membayar harga yang setimpal.
- Idayu menegaskan tidak logik jika acara bertaraf tinggi tidak mempunyai bajet mencukupi untuk membayar artis secara profesional.
- Dia menolak untuk dianggap sebagai penyanyi fun fair dan menegaskan bayaran yang diterima haruslah adil mengikut nilai bakatnya.
Penyanyi, Farah Idayu meluahkan rasa kesal apabila mendakwa terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bakatnya.
Kata Idayu, pihak tersebut memintanya menyanyi pelbagai lagu, namun tidak mahu membayar mengikut bayaran yang seharusnya dia terima.
“Nak booked Kak Yuyu perform untuk private event, request lagu macam-macam, suruh request buat suara macam-macam.
“Lokasi dan setup lima bintang tapi tang budget nak bayar artis?,” tulisnya.
Dalam masa sama, Idayu menegaskan adalah tidak logik sekiranya acara bertaraf tinggi tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membayar artis secara profesional.
“Mustahil tak ada budget, maaf la ya saya bukan penyanyi fun fair. Makan sendiri banyak sangat tu sampai tak logik akal, atas angin bena tu,” ujarnya.

Sumber: Threads