Sekilas
- Saiful Apek menegaskan supaya menjauhi sikap suka membuka aib dan memburukkan orang lain di khalayak ramai.
- Dia mengingatkan bahawa merendah-rendahkan orang lain tidak menjadikan seseorang itu lebih baik atau mulia di mata masyarakat.
- Saiful juga menekankan bahawa permulaan hidup bukan ukuran, tetapi pengakhiran hidup yang lebih penting dan kita tidak tahu bagaimana akhirnya nanti.
Pelawak dan pelakon, Saiful Apek tampil berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir individu yang gemar membuka serta memperkatakan keburukan orang lain di khalayak ramai.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff menegaskan perbuatan tersebut adalah sesuatu yang wajar dijauhi.
“Aib orang? Adik-beradik dan keluarga? Jangankan
kata nak jaja cerita di publik, terdetik dalam hati pun mintak dijauhkan,” tulisnya.

Dalam masa sama, Saiful turut mengingatkan bahawa sikap suka merendahkan atau memburukkan orang lain tidak akan menjadikan seseorang itu lebih baik atau lebih mulia di sisi masyarakat.
Malah, dia turut menegaskan bahawa permulaan kehidupan seseorang bukanlah ukuran mutlak dalam kehidupan kerana apa yang lebih penting adalah bagaimana pengakhiran hidup seseorang itu nanti.
“Dengan merendah-rendahkan orang, tak bermakna kita lagi tinggi. Dengan dengan memburuk-burukkan orang, tak bermakna kita lagi mulia.
“Tak ada orang perlakuan jahat yang tiada masa depan dan tiada orang perlakuan baik yang tiada masa silam.
“Permulaan kita tak sepenting pengakhiran kita. Kita pun tak tahu pengakhiran kita. Kita ni nampak baik dan wangi, sebab Allah SWT tutup aib kita,” jelasnya.