Skip to main content

Hiburan

Sahabat Dedah Sisi Peribadi Que Haidar, Kongsi Pengalaman Tunai Umrah Bersama - “Naik ‘Rooftop’ Di Mekah Demi Video Call Rakan Dari Gaza & Berdoa…”

ASTROGEMPAK Que Haidar

Sekilas

  • Seorang individu dikenali sebagai Pak Bobby berkongsi pengalaman bersama pelakon Que Haidar di platform Threads, menggambarkan Que sebagai sahabat setia dalam susah dan senang.
  • Pak Bobby menceritakan pengalaman menunaikan umrah bersama Que yang memiliki aura istimewa dan menyentuh hati, berbeza daripada pengalaman umrahnya sebelum ini.
  • Antara momen paling berharga ialah ketika Que mengajaknya ke rooftop di Mekah untuk membuat panggilan video bersama rakan-rakan di Gaza sambil berdoa menghadap Kaabah.

Hantaran seorang individu yang dipercayai rakan baik kepada pelakon Que Haidar di platform Threads menarik perhatian wargamaya.

 

Menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai Pak Bobby, dia menyifatkan Que sebagai seorang sahabat yang sentiasa ada bersamanya dalam susah dan senang.

 

“Dialah sahabat yang ada jatuh dan bangun aku. Siapalah kita ni nak menilai seorang manusia itu,” kongsinya. 

 

Dalam perkongsian sama, Pak Bobby turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah bersama Que yang disifatkan memiliki aura berbeza dan cukup menyentuh hati.

 

Menurutnya, antara momen yang paling sukar dilupakan ialah apabila Que sanggup mengajaknya naik ke rooftop di kawasan Mekah semata-mata untuk membuat panggilan video bersama rakan-rakan di Gaza sambil berdoa beramai-ramai menghadap Kaabah.

 

“Dah beberapa kali aku pergi umrah, dan waktu aku pergi dengan Abang Que, aku dapat rasa something aura datang dari dia dan lain dari yang lain.  

 

“Dan paling aku tak boleh lupa dia ajak aku teman dia pergi rooftop kat kawasan mekah, semata-mata nak VC kawan-kawan dari G dan berdoa ramai-ramai menghadap kaabah. 

 

“Gugur air mata aku… So please,” katanya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

Must-Watch Video

Advertisement