Skip to main content

Hiburan

Pernah Senasib Dengan Nabila Razali, Individu Nak Bergambar Tegur Wajah Misha Omar Kelihatan Berusia - “Nampak Tua Sekarang, Dah Tak Famous Macam Dulu…”

ASTROGEMPAK Misha Omar

Sekilas

  • Nabila Razali berkongsi pengalaman janggal apabila seorang individu memberi komen negatif tentang suaranya selepas minta bergambar dengannya.
  • Misha Omar turut berkongsi pengalaman sama apabila individu menegur wajahnya yang kelihatan tua dan popularitinya yang dikatakan menurun.
  • Nabila menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahkan individu tersebut kerana situasi telah diselesaikan dengan baik selepas permohonan maaf dibuat.

Perkongsian penyanyi Nabila Razali yang berkongsi pengalaman janggal apabila seorang individu memberi komen mengenai suaranya selepas minta bergambar dengannya turut mendapat perhatian penyanyi Misha Omar. 

 

Pernah mengalami pengalaman sama, Misha berkata individu yang ingin bergambar menegur wajahnya kelihatan berusia selain menganggap popularitinya sudah tidak seperti dahulu. 

 

“Senasibkah kita di bulan yang mulia? ‘Misha Omar ke? Sorry tak perasan… nampak tua eh sekarang. Dah tak famous dah macam dulu-dulu. Nak gambar boleh? Nak tunjuk kat mak’,” kongsi Misha yang turut letak emoji ketawa. 

 

Misha juga dilihat membalas komen-komen wargamaya dan menganggap perbualan mereka sudah seperti kawan baharu. 

 

“Kita balas komen akhirnya jadi perbualan dengan kawan-kawan baru. Hello! Yes, yes… sayalah Misha Omar tu, yang dah tua, tak famous tapi saya tetap strong sebab korang masih suka dengar lagu-lagu saya hehe sayang korang,” tulisnya di Threads. 

 

Terdahulu, hantaran Nabila Razali mengenai pengalaman janggalnya itu meraih perhatian. 

 

Individu tersebut kemudian memohon maaf secara peribadi dan menjelaskan tiada niat untuk mengguris hati Nabila.

 

Nabila menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahkan individu itu kerana situasi telah diselesaikan dengan baik.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement