Skip to main content

Hiburan

“Rumah Tak Sama Tanpa Dia” - Yusry

Astrogempak YUSRY

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim rasa rindu sangat dengan isteri, Datin Lisa Surihani, yang menunaikan ibadah haji di Makkah.
  • Yusry terharu dengan kejutan di radio ERA yang buat dia sebak dan teringatkan keluarga walaupun anak-anak ada di rumah.
  • Lisa berangkat ke Tanah Suci sejak 7 Mei seorang diri selepas rayuan visa Yusry gagal, dan mereka rancang kejutan untuk sambut kepulangan Lisa nanti.

Pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim tidak menyangka akan dilanda perasaan rindu yang begitu mendalam sepanjang berjauhan dengan isteri tercinta, Datin Lisa Surihani yang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Menurut Yusry, momen kejutan yang diterimanya ketika di radio ERA sebelum ini benar-benar menyentuh hati sehingga membuatkan dia gagal menahan sebak.

“Kerinduan itu kadang-kadang kita tak sangka, dan saya tak sangka dengan kejutan itu. Bukan sengaja saya nak sebak atau mengada-ngada dan itulah yang saya nak anak-anak rasa pada hari ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah Yusry, sepanjang ketiadaan Lisa suasana di rumah begitu berbeza meskipun anak-anak ada disisinya.

“Rumah tidak sama tanpa dia, bila balik rumah tu mestilah anak-anak ada tapi rasa lain tanpa kehadiran dia,” kata Yusry.

Terdahulu, Yusry Abd Halim meluahkan rasa syukur apabila dapat bersatu kembali bersama isterinya, Lisa Surihani.

Menurut Yusry, dia dan isteri telah merancang kejutan istimewa buat anak-anak untuk menyambut kepulangan ibunya yang menunaikan ibadah haji.

Lisa selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima musim haji tahun ini pada 7 Mei lalu.

Bagaimanapun, Lisa menunaikan ibadah tersebut seorang diri tanpa ditemani Yusry kerana kegagalan rayuan visanya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement