Skip to main content

Hiburan

Rindu ‘Cinta Pertama’, Nabila Huda Umum Berehat Dari Dapur Dua Bulan - “Saya Rindu Berada Di…”

Astro Gempak 499

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda akan berehat dua bulan dari perniagaan pasta untuk fokus kembali pada dunia lakonan.
  • Dia mengakui rindu suasana bekerja di set penggambaran dan mahu kembali kepada 'cinta pertama' lakonan.
  • Nabila menerima kritikan netizen mengenai penampilannya ketika mengendalikan perniagaan, namun dia membalas dengan sikap matang dan tampil lebih sopan.

Pelakon Nabila Huda memaklumkan bakal mengambil rehat selama dua bulan daripada mengendalikan perniagaan pastanya kerana mahu kembali fokus terhadap dunia lakonan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Nabila atau mesra disapa Abil mengakui sudah merindui suasana bekerja di set penggambaran.

“Taking a little two months break from the kitchen sebab saya kena kembali pada cinta pertama saya.

“Honestly, I miss being on set already,” tulisnya.

dcfv

Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa kecewa apabila perniagaan kecil-kecilan menjual pasta yang diusahakannya menerima kecaman daripada segelintir netizen.

Menurutnya, dia tidak menyangka pemakaiannya ketika menyediakan makanan turut menjadi perhatian sehingga hangat diperkatakan dalam media sosial.

Bagaimanapun, Nabila kemudiannya meraih pujian ramai apabila menerima teguran netizen dengan hati terbuka selain tampil lebih sopan ketika mengendalikan perniagaan makanan miliknya.

Menerusi perkongsian dalam Threads sebelum ini, ramai netizen memuji sikap matang dan rasionalnya dalam menerima kritikan secara positif.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

Must Watch Video

Advertisement