Skip to main content

Selebriti

Rembayung ‘Banjir’, Kontraktor Tampil Beri Penjelasan - “Air Bukan Masuk Ikut Cermin, Punca Utama Ialah ‘Gutter’ Tiba-Tiba…”

Kontraktor Rembayung beri penjelasan

Sekilas

  • Cd Builders, kontraktor yang membina restoran Rembayung milik Khairul Aming, menjelaskan kebocoran berlaku akibat saluran air di atas atap tersumbat dengan daun sehingga menyebabkan air melimpah.
  • Mereka menegaskan kejadian itu adalah luar jangkaan dan mengambil tanggungjawab penuh untuk memperbaiki keadaan agar tidak berulang pada masa hadapan.
  • Khairul Aming memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas selepas hujan lebat menyebabkan air menitis ke dalam premis dan mengganggu keselesaan mereka.

Susulan isu Rembayung milik pempengaruh, Khairul Aming berdepan insiden kebocoran, kontraktor yang bertanggungjawab membina restoran tersebut iaitu Cd Builders tampil memberi penjelasan.

Menerusi perkongsian dimuat naik di platform Threads pada Ahad, pihak Cd Builders menjelaskan kejadian itu berpunca dari saluran air di atas atap yang melimpah disebabkan oleh keadaan paip tidak dapat menyalurkan air hujan ke bawah kerana sudah tersumbat dengan daun.

“Kami adalah contractor yang membina Rembayung. Sepanjang Rembayung dibuka. Inilah kali pertama hujan lebat dan berangin.

“Air bukan masuk ikut cermin. Punca utama ialah gutter tiba-tiba overflow disebabkan downpipe tersumbat dengan daun,” jelas pihaknya.

Dalam pada itu, kontraktor itu juga menegaskan bahawa situasi tidak dijangka seperti ini berlaku di luar kawalan dan mereka akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

“Sesuatu yang tidak dijangka dan diluar kawalan kami. Kami juga telah mengambil tanggungjawab penuh dan akan menambah baik supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Semoga pelanggan Rembayung dapat menikmati hidang dengan selesa di masa hadapan,” maklumnya.

Terdahulu, Rembayung berdepan insiden kebocoran selepas hujan lebat melanda pada petang Sabtu.

Difahamkan, air mula menitis masuk ke dalam premis sehingga menyebabkan beberapa pelanggan terpaksa berpindah tempat duduk demi keselamatan dan keselesaan.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming atau mesra disapa KA tampil memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas serta mengakui situasi tersebut agak tidak selesa buat mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement