Skip to main content

Berita Tempatan

"Ramai Ingat Zapin Sekadar Tarian" - Noraniza Idris Hidupkan Semula Tingkah Laga Zapin, Mahu Generasi Muda Kenali Warisan Melayu

ASTRO GEMPAK kak ani zapin

Selepas hampir tiga dekad memperjuangkan seni dan budaya Melayu, penyanyi terkenal Noraniza Idris terus komited memastikan warisan tradisi tidak tenggelam ditelan zaman.

Menerusi penganjuran Majlis Pelancaran Zapin Living Lab – AKZ6.0, Noraniza tampil mengangkat semula Tingkah Laga Zapin, satu permainan budaya Melayu yang semakin kurang dikenali dalam kalangan generasi muda hari ini.

Menurut Noraniza, ramai mengenali zapin sebagai tarian tradisional, namun tidak ramai mengetahui bahawa di sebalik setiap langkah dan ragam terdapat nilai kebijaksanaan, strategi, adab serta disiplin masyarakat Melayu.

"Saya masih ingat ketika berusia sekitar tujuh tahun, arwah datuk menunjukkan kepada saya bagaimana permainan zapin dimainkan oleh orang-orang tua dahulu.

"Ketika itu saya belum memahami sepenuhnya maksud permainan tersebut, tetapi kenangan itu kekal sehingga hari ini dan menjadi antara sebab saya mahu menghidupkan semula warisan ini kepada generasi baharu," katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Zapin Living Lab – AKZ6.0 yang akan berlangsung di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada 28 Jun ini.

Lebih menarik, program tersebut bukan sekadar menampilkan persembahan zapin, malah menghimpunkan tujuh zapin warisan Johor termasuk Zapin Pekajang, Zapin Tenglu, Zapin Lenga, Zapin Koris, Zapin Seri Bunian, Zapin Melayu Johor dan Zapin Parit Mastar.

Dalam masa sama, seramai 380 peserta mewakili 38 kumpulan dari seluruh negara bakal menyertai bengkel dan cabaran Tingkah Laga Zapin sebelum pemilihan Top 5 Peningkah Laga Terbaik dilakukan.

Jelas Noraniza, konsep Tingkah Laga sering disalah tafsir sebagai pertandingan untuk mengalahkan pihak lawan sedangkan ia sebenarnya lebih kepada permainan budaya yang menguji kebijaksanaan dan kesantunan peserta.

"Tingkah Laga bukan pertandingan untuk menjatuhkan lawan. Ia adalah permainan budaya yang menguji kebijaksanaan, kreativiti, strategi dan kesantunan peserta dalam berinteraksi mengikut budaya Melayu.

"Tingkah Laga bukan perbalahan. Ia adalah kebijaksanaan Melayu yang diterjemahkan melalui gerak tari, strategi dan adab. Inilah nilai yang ingin kami hidupkan semula kepada generasi hari ini," katanya.

Sebagai individu yang memperkenalkan Akar Kita Zapin sejak 2012, Noraniza percaya warisan budaya perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab agar tidak hilang identiti asalnya.

"Warisan budaya bukan sesuatu yang boleh diubah sesuka hati untuk tujuan komersial tanpa memahami falsafah dan konteks asalnya.

"Kita boleh berkongsi dan memperkenalkan budaya ini kepada sesiapa sahaja, tetapi ketulenan, adab dan nilai estetikanya mesti dipelihara kerana inilah maruah budaya bangsa yang menjadi identiti negara," katanya.

Majlis pelancaran itu turut akan menampilkan persembahan khas daripada Noraniza Idris bersama Ikon Tari AKZ6.0, selain penampilan istimewa penyanyi Azmir Arif. Pengacara terkenal Ahmad Fedtri Yahya dan Siti Sarah Ahmad Jamil pula akan mengendalikan acara berkenaan.

Program yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu turut menggalakkan pengunjung hadir mengenakan busana Melayu tradisional sebagai simbol penghormatan terhadap warisan budaya bangsa.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement