Penyanyi, Shila Amzah menyorot perhatian netizen selepas muncul di konsert solonya iaitu Shila Amzah Livehouse Tour 2026 di Chengdu, China.
Menerusi hantaran di TikTok suaminya, Ubai, netizen di Malaysia begitu kagum melihat peminat-peminat dari China yang hadir menyaksikan persembahan Shila Amzah.
Peminat yang hadir turut dilihat menyanyi bersamanya sepanjang konsert berlangsung.
“Wow tak sangka Shila sepopular macam ni kat sana.
“Shila mendonia sampai ke China.
“We Malaysians really don't see how big Shila is in China.
“Ramainya fan boy.
“Yang lelaki feeling betul weh semua. Hebatnya Shila.
“Wei jarang ekk nak tengok fan lelaki ramai duduk depan,” komen netizen.
Malah, di ruangan komen juga netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelantun lagu Patah Seribu itu kerana mengharumkan nama Malaysia.
“Kenapa aku yang rasa bangga weh, sedih pun ada. Tahniah Shila. Bangga jadi anak Malaysia.
“Hebat dan terharu.
“Proud of you Shila! Terima kasih mengharumkan negara kita,” tulis netizen.
Hiburan
Ramai Fan Lelaki Di Barisan Hadapan, Populariti Shila Amzah Di China Buat Netizen Terkejut - “Feeling Betul Semua…”