Skip to main content

Hiburan

Lama Tak Jumpa Kakak, Zairi Aziz Seronok Dapat Bertemu Nasha Aziz - “Dia Pesan Jangan Terkait…”

Nasha Aziz

Sekilas

  • Pelakon Zairi Aziz gembira dapat berjumpa kakaknya, pelakon terkenal Nasha Aziz, selepas lama tidak berjumpa ketika tayangan filem The Voice of Hind Rajab.
  • Nasha memberi sokongan dan nasihat kepada Zairi tentang industri hiburan, termasuk pesanan untuk elak cinta lokasi.
  • Zairi kini membintangi drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti pelajar di kelas paling tercorot, bersama barisan pelakon muda lain.

Pelakon meningkat naik, Zairi Aziz meluahkan rasa gembira kerana dapat berjumpa kakaknya yang juga pelakon terkenal, Nasha Aziz selepas sekian lama tak berjumpa.

Menurut Zairi, dia menyifatkan pertemuan itu sebagai satu detik bermakna kerana dapat bertentang mata serta bersemuka dengan Nasha ketika menghadiri ke tayangan filem The Voice of Hind Rajab, Selasa lalu.

“Kami baru sahaja bertemu di majlis tayangan filem tersebut dan saya sangat gembira dapat bertemu dengannya. Betul, itu pertama kali saya menemuinya sejak aktif dalam industri.

“Ketika berjumpa dia ialah seorang yang sangat ceria manakala saya pula sangat introvert dan pemalu tetapi selepas lama kami berbual, semuanya okay sahaja.

“Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana berasa malu sebab menghormatinya sebagai ahli keluarga,” katanya kepada Gempak.

Zairi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media drama Kelas Belakang di TGV, KLCC pada Rabu.

Berkongsi lanjut, Zairi memaklumkan bahawa selain memberi sokongan, kakaknya itu banyak memberikan nasihat mengenai selok-belok industri hiburan.

“Dia sangat menyokong saya, banyak kongsikan tips tentang bagaimana untuk kekal relavan dalam industri dan kita pun tahu dia ialah seorang pelakon lagenda yang hebat.

“Dia pesan pada saya, jangan terkait dengan cinta lokasi. InsyaAllah, saya berharap tidak akan berlaku dan akan dengar nasihatnya.

“Dia seorang kakak yang sangat baik, saya doakan dia semoga dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan setiap urusannya berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zairi tampil sebagai pelakon utama bagi drama bersiri yang bertajuk Kelas Belakang.

Kelas Belakang memaparkan tentang realiti peljar di kelas paling tercorot, sering dipandang remeh dan dipinggirkan.

Selain Zairi, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Amylia Aidura, Farihin Arnia, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must-Watch Video

Advertisement