Sekilas
- Sheila Rusly sering berkongsi menu masakan untuk berbuka puasa di media sosial, menyebabkan netizen tertanya-tanya jika dia berpuasa setiap hari.
- Sheila menjelaskan dia hanya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sahaja, bukan setiap hari.
- Netizen terhibur dengan perkongsian masakannya dan ramai memuji keenakan hidangan yang dikongsikan.
Rajin berkongsi menu masakan untuk berbuka puasa membuatkan netizen menganggap pengarah dan pelakon Sheila Rusly berpuasa setiap hari.
Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut bertanyakan adakah Sheila berpuasa setiap hari memandangkan pengarah itu sentiasa masa untuk berbuka.
“Sheila Rusly ini memang puasa setiap hari ke? Kenapa hari-hari dia masak mesti untuk berbuka puasa?” tulis individu tersebut.
Menjawab pertanyaan tersebut, ibu mentua kepada pelakon Elisya Sandha ini memberitahu dia hanya berpuasa pada Isnin dan Khamis sahaja.
“Salam. Bukan hari-hari, Isnin dan Khamis saja,” balasnya.
Rata-rata netizen menerusi perkongsian itu memberitahu mereka terhibur melihat Sheila masak selain memuji masakannya sedap.