Skip to main content

Hiburan

PU Riz Tulis ‘Surat Cinta’ Buat Neelofa Sempena Hari Lahir, Hargai Pengorbanan Isteri - “Kehadiran Adinda Buat Keluarga Kita Amat Luar Biasa”

PU Riz

Sekilas

  • PU Riz berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Neelofa pada 10 Februari, menghargai pengorbanan isteri sebagai ibu dan isteri.
  • Beliau memuji akhlak dan kasih sayang Neelofa dalam menjaga anak-anak serta keluarga mereka.
  • PU Riz turut mengenang momen menyentuh hati ketika di Tanah Suci selepas menunaikan umrah bersama Neelofa.

Sempena ulang tahun kelahiran selebriti terkenal, Neelofa pada 10 Februari, suaminya yang juga pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta.

 

Menerusi perkongsian di media sosial, Haris meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menikmati kehidupan berkeluarga bersama Neelofa serta menghargai segala pengorbanan isterinya sebagai ibu dan isteri.

 

“Sudah semestinya tidak berlalu 10 Febuari tanpa ingatan dan coretan buat adinda, pertama syukur ke hadrat Tuhan telah memberi dan memanjangkan usia kita hidup bersama. 

 

“Kehadiran adinda buat keluarga kita SubhanaAllah amat luar biasa. Sejujurnya amatlah banyak kebaikan yang telah dibukti dengan perbuatan oleh زوجه, dari akhlak, jaga anak-anak dan maruah diri, sungguh pada hemat saya ikhlas melaksanakannya,” kongsinya. 

 

Menurut Haris lagi, jika anak-anak mereka sudah boleh berkata-kata dengan lancar, pasti Abbas dan Bilal akan meluahkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

 

“Kalau la anak-anak boleh bercakap lancar, mungkin Abbas dan Bilal akan lihat ibunya dan berkata ibuku la segalanya buatku.

 

“Mana taknya, darı order makan chicken, noodle soup, ayam kıcap, ayam kurma dan juga pizza sehinggalah juga dengan kasih sayang yang tidak putus,” katanya. 

 

Tambahnya, dia turut terkenang satu momen menyentuh hati ketika mereka berada di Tanah Suci selepas menunaikan umrah.

 

“Teringat akan satu waktu kita berada di Tanah Sucı selesai saja umrah sedang berjalan pulang dengan nada sederhana dan mungkın jua sebak sebut ‘I banyak doa untuk kita, rezeki you dan anak-anak’. 

 

“Apa lagi yang diinginkan darı seorang ibu/isterı yang menyayangi keluarganya lebih dari yang lain. Jazakllahkhair زوجة, happy birthday,” luahnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Must-Watch Video

Advertisement