Skip to main content

Selebriti

Piala Dunia 2026: Portugal Seri, Kamal Adli Tak Setuju Ronaldo Disalahkan - “Member Tu Kena Mark Satu Hal”

Kamal Adli CR7

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli mengikuti kempen Piala Dunia 2026 dan menonton perlawanan Portugal lawan DR Congo.
  • Kamal mempertahankan Cristiano Ronaldo yang dikritik selepas keputusan seri 1-1, mengatakan Ronaldo dikawal ketat dan kurang sokongan dari rakan sepasukan.
  • Perkongsian Kamal di Threads mendapat pelbagai reaksi, ada yang setuju dan ada yang mahu Ronaldo main peranan lebih besar.

Pelakon, Kamal Adli tidak ketinggalan mengikuti perkembangan kempen Piala Dunia 2026 yang sudah pun bermula minggu ini.

Difahamkan Kamal juga menonton perlawanan antara pasukan Portugal menentang DR Congo.

Bagaimanapun, bintang dunia, Cristiano Ronaldo menjadi sasaran kritikan susulan keputusan seri 1-1 menentang DR Congo.

Susulan kritikan itu, Kamal sebagai penonton bola sepak meluahkan pendapatnya mengenai perlawanan tersebut.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Kamal berpendapat Ronaldo yang juga dikenali sebagai CR7 itu tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana berdepan kawalan ketat daripada pemain lawan sepanjang perlawanan.

“Kenapa lah orang dok salahkan CR7 game Portugal semalam?

“Member tu kene mark satu hal. Midfielder yang power power tu semua asyik pass belakang je.

“Sampai sudah. Nasib lah second half ada winger pendek tu pass CR juga. Okay done backup CR7. Siapa diriku sep! Sikit,” kongsinya.

Perkongsian Kamal itu ternyata menerima pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak.

Ada yang bersetuju bahawa Ronaldo kurang mendapat sokongan daripada rakan sepasukan, manakala sebahagian lain berpendapat kapten Portugal itu masih perlu memainkan peranan lebih besar dalam membantu pasukan meraih kemenangan.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Shorts Men White JN1868

Football Japan 26 Home Shorts Men White JN1868

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Japan 26 Home Pre Match Jersey Men White JZ9706

adidas Football Japan 26 Home Pre Match Jersey Men White JZ9706

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

Must Watch Video

Advertisement