Sekilas
- Penyanyi Wani Kayrie berkongsi pengalaman dikhianati oleh seseorang yang dikenali tanpa sebarang kata maaf diterima.
- Wani menyifatkan kejadian itu sebagai ujian yang ditunjukkan oleh Allah melalui perangai individu tersebut.
- Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada ciapan mengenai ujian hidup dan hikmah selepasnya di platform Threads.
Penyanyi Wani Kayrie menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai pengalaman dirinya yang dikhianati seorang individu yang dikenalinya.
Namun apa yang lebih menyakitkan apabila tiada kata maaf diungkapkan oleh individu tersebut meskipun Wani sudah mengetahuinya.
“Ujian saya bila Allah tunjukkan bukti dan
perangai orang yang tikam belakang saya.
“Tapi sampai sekarang not even a single 'Sorry' pun keluar daripada mulut dia. But sokay,” kongsinya di Threads.
Wani berkongsi perkara tersebut di ruangan komen ciapan yang dibuat seorang individu mengenani ujian.
Dalam posting tersebut, wanita berkenaan bertanya tentang bentuk ujian yang pernah dilalui seseorang di dalam hidup mereka.
“Mutawif ada cakap, once kita ada niat utk berumrah and sudah buat deposit, bermula lah perjalanan dan ujian umrah seseorang.
“Share apakah jenis ujian yang Allah bagi dan apa hikmah selepas itu,” ciapnya.
Sumber: Threads