Skip to main content

Hiburan

“Pertama Kali Dengar Orang Kena Marah Sebab...” - Alif Satar Kongsi Komen Individu Tak Dapat Turut Serta ‘Ride Subuh Macam Jumaat’

ASTROGEMPAK Alif

Sekilas

  • Alif Satar berkongsi komen lucu dari seorang peminat yang dimarahi ibunya kerana tidak sertai konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’.
  • Alif sedang mencari tarikh sesuai untuk konvoi seterusnya dan akan umumkan secepat mungkin.
  • Alif puji Hun Haqeem yang turut serta walaupun sibuk, manakala Hun anggap Alif sebagai inspirasi kepada ramai.

Pelakon dan penyanyi Alif Satar berkongsi salah satu komen yang tidak dijangkakan mengenai aktiviti konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’. 

 

Menerusi komen itu, individu berkenaan memberitahu dia dimarahi ibunya kerana tidak turut serta menyertai aktiviti tersebut. 

 

“Ada brader di ruang komen aku beritahu aku yang mak dia marah sebab tak ikut ride subuh hari itu.

 

“Pertama kali dengar orang kena marah sebab tak ikut ride!” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Alif memberitahu dia kini dalam proses mencari tarikh yang sesuai untuk konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’ yang seterusnya. 

 

“P/s: Tengah pilih tarikh sesuai untuk Geng subuh ride yang seterusnya, akan diumumkan ASAP. Insya-Allah,” ujarnya lagi. 

 

Sebelum ini, Alif memuji Hun Haqeem yang turut menyertai gerakan konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’ yang dianjurkannya, baru-baru ini walaupun jadual seninya padat. 

 

Alif menganggap Hun sebagai contoh terbaik dan idola bagi generasi muda masa kini.

 

Hun membalas pujian dengan menyifatkan Alif sebagai individu yang banyak memberi inspirasi kepada orang ramai.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

[2026] 🔥GENGLEJEN🔥 G RACING V1 747 Tayar Motor Tubeless 80/90-17 /70/90-17 Bunga Diamond Bunga TT

[2026] 🔥GENGLEJEN🔥 G RACING V1 747 Tayar Motor Tubeless 80/90-17 /70/90-17 Bunga Diamond Bunga TT

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Advertisement