Skip to main content

Viral

Pernah Dibayar Dengan 'Pizza', Ceddy Ang - "Kalau Terus Terima Rate Murah, Semua Orang Kena Tempias"

Astro Gempak ceddy

Sekilas

  • Ceddy Ang tampil bersuara mengenai isu bayaran rendah yang ditawarkan kepada pencipta kandungan walaupun tugasan banyak.
  • Dia gembira melihat lebih ramai content creator berani mempertahankan hak dan menolak bayaran tidak setimpal.
  • Ceddy menegaskan menerima bayaran rendah bukan sahaja menjejaskan individu, malah keseluruhan industri pencipta kandungan.

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Ceddy Ang tampil bersuara mengenai isu bayaran rendah yang ditawarkan kepada content creator, susulan semakin ramai penggiat industri mula berkongsi pengalaman berdepan klien yang meletakkan terlalu banyak tugasan dengan kadar bayaran tidak setimpal.

Menerusi satu hantaran di Threads, Ceddy berkata dia gembira melihat semakin ramai pencipta kandungan berani mempertahankan hak masing-masing dan bersuara secara terbuka.

"Happy to see content creators these days berani to speak up against clients yang bayar sikit for banyak deliverables!" tulisnya.

Menurut Ceddy, perkara itu mengingatkannya kepada satu insiden lama apabila dia pernah mendedahkan sebuah syarikat yang didakwa menawarkan bayaran rendah untuk tugasan yang banyak.

"A long time ago when I openly exposed this company for 'paying' me with pizza sampai diaorang ugut nak saman I. But they forgot I ada law background," tulisnya.

Dalam masa sama, Ceddy mengakui pernah menerima kecaman daripada segelintir pihak yang dilihat lebih memihak kepada syarikat terbabit.

"Ada lah beberapa creators yang took the company's side to kecam I.

"Little did these useless people know, I was fighting for YOUR rights too bongok!!" tulisnya.

Tambah Ceddy, sikap menerima kadar bayaran terlalu rendah bukan sahaja memberi kesan kepada individu terbabit, malah boleh menjejaskan keseluruhan industri pencipta kandungan.

"If you keep taking low rates, everyone is affected. Don't be selfish!" tulisnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement