Skip to main content

Hiburan

“Mereka Guna Gambar & Nama Saya Untuk Yakinkan Pelabur” - Aaron Aziz

Aaron Aziz

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz dedah nama dan reputasinya disalahgunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdaya pelabur dalam industri filem.
  • Penipuan ini menyebabkan kekeliruan dan kerugian kepada pelabur serta memberi kesan negatif kepada perkembangan industri kreatif tempatan.
  • Aaron juga kini membintangi drama Bidadari Tanpa Syurga yang ditayangkan di platform Viu.

Pelakon, Datuk Aaron Aziz, tidak menolak bahawa golongan selebriti antara sasaran utama sindiket penipuan untuk dijadikan sebagai taktik untuk memperdaya individu yang berminat melabur dalam industri filem.

Dakwa pemilik nama Aaron Mustapha Aziz  itu, ada pihak yang menyalahgunakan nama serta reputasinya dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai hubungan bagi meyakinkan pelabur untuk mengeluarkan dana.

Ujarnya, perkara itu pernah berlaku sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelabur.

"Ada kes berlaku apabila ada pihak mengajak berjumpa kononnya mahu membincangkan projek besar baru-baru ini.

"Mereka bergambar dan membuat pelbagai perbincangan tetapi selepas itu terus senyap. Tiba-tiba ada orang datang kepada saya dan beritahu dia sudah melabur dalam projek saya.

"Saya terkejut kerana tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Apabila ditunjukkan bukti, rupa-rupanya ada pihak menggunakan pertemuan dan gambar yang diambil bersama saya untuk meyakinkan pelabur bahawa saya sudah bersetuju dengan projek berkenaan, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku," katanya kepada Gempak.

Aaron berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Pelancaran dan Tayangan Perdana drama Bidadari Tanpa Syurga bertempat di Banglo 289, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah pelakon Evolusi KL Drift itu, tindakan tersebut bukan sahaja memburukkan nama baik selebriti malah turut merugikan pelabur sehingga memberi kesan kepada perkembangan industri kreatif tempatan.

"Pihak terbabit menggunakan nama saya untuk mendapatkan kepercayaan dengan memberitahu pelabur bahawa dia sudah berjumpa artis ini dan artis itu, lalu menggambarkan seolah-olah semuanya sudah dipersetujui.

"Masalahnya, apabila pelabur sering menjadi mangsa penipuan seperti ini, lama-kelamaan mereka akan hilang keyakinan untuk melabur dalam industri filem.

"Akhirnya pihak yang benar-benar serius dan mempunyai projek yang baik juga akan terkesan kerana kepercayaan itu sudah hilang," katanya lagi.

Walau bagaimanapaun, Aaron mengakui kegiatan tersebut sukar untuk dibendung dan sukar untuk dikawal.

"Saya rasa sekarang ada orang yang sudah tidak memikirkan soal dosa dan pahala. Mereka hanya fikir bagaimana hendak mendapatkan keuntungan tanpa mempedulikan kesannya kepada orang lain.

"Disebabkan itu, kes seperti ini sukar dibendung dan kita sendiri sukar mengawalnya kerana pelbagai cara digunakan untuk menipu mangsa,"katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Aaron merupakan salah seorang pelakon utama drama Bidadari Tanpa Syurga yang mula ditayangkan di platform penstriman atas talian Viu.

Drama bersiri 12 episod arahan Jamal Khan itu turut dibintangi Nadiya Nisaa, Syad Mutalib, Lorenzo Irmann, Idzham Ismail dan Shahronizam Noor Ismail.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement