Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Popular Tumbang Atas Pentas, Peminat Syak Sebab Diet Terlalu Ketat

gg

Ringkasan AI

  • Penyanyi HyunA pengsan semasa persembahan lagu Bubble Pop! di acara Waterbomb 2025 Macau pada 9 November.
  • Video tular menunjukkan HyunA tidak sedarkan diri dan diusung keluar pentas oleh petugas keselamatan.
  • HyunA memohon maaf di Instagram dan mengesahkan dirinya kini stabil serta dalam proses pemulihan.
  • Dia menjelaskan kejadian berlaku kerana terlalu ingin tunjukkan prestasi terbaik dan berjanji akan tingkatkan stamina.
  • HyunA juga sedang jalani diet ketat selepas berdepan khabar angin hamil dan berjaya turunkan hampir 10 kilogram.

Penyanyi sensasi, HyunA dilaporkan pengsan ketika membuat persembahan pada acara Waterbomb 2025 Macau yang berlangsung pada 9 November lalu.

Menurut laporan portal hiburan Allkpop, insiden itu berlaku sewaktu penyanyi berusia 33 tahun itu sedang menyanyikan lagu popularnya, Bubble Pop! sebelum tiba-tiba rebah di atas pentas.

Menerusi video yang tular di media sosial, HyunA dilihat tidak sedarkan diri dan diusung keluar dari pentas dengan bantuan petugas keselamatan. 

 

 

Bagaimanapun, HyunA kemudian tampil menenangkan para peminat menerusi hantaran di Instagram. 

Menerusi hantaran tersebut, ahli kumpulan 4-Minutes itu memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan menjelaskan bahawa dirinya kini berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.

“Saya betul-betul minta maaf… Ia hanya selang masa yang singkat dari persembahan sebelumnya dan saya terlalu ingin tunjukkan sisi terbaik diri saya.

“Saya rasa saya tak cukup profesional kali ini. Sejujurnya, saya pun tak ingat apa yang berlaku.

“Ramai peminat dari Macau dan A-ings datang menonton serta membeli tiket untuk persembahan itu. Saya minta maaf, benar-benar minta maaf.

“Mulai sekarang saya akan berusaha meningkatkan stamina dan terus bekerja keras.

“Saya okey sekarang, jangan risau tentang saya. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan kalian selama ini,” katanya.

Difahamkan, HyunA sebelum ini mengakui sedang menjalani diet ketat selepas berdepan khabar angin hamil akibat pertambahan berat badan. 

Pada 5 November lalu, dia memuat naik foto penimbang menunjukkan berat badannya kini 49.88 kilogram, menandakan penurunan hampir 10 kilogram dalam tempoh singkat.

Must-Watch Video

Advertisement