Skip to main content

Hiburan

Penonton Kaji ‘Fail Sekolah’, Penemuan Mengenai Yasser, Zayd & Bahamin Ubah Persepsi Penonton

Good Boys Go To Heaven

Fenomena drama premium Astro Originals terbitan Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven terus mencuri perhatian penonton yang dilihat semakin aktif menyiasat setiap petunjuk yang dipaparkan dalam siri tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna Threads berkongsi satu ‘rahsia’ menarik mengenai latar belakang beberapa watak seperti Yasser, Zayd dan Bahamin yang merupakan kenalan sejak di bangku sekolah lagi.

Menurut perkongsian itu, Yasser, Zayd dan Bahamin dipercayai lahir pada tahun 1986 dan pernah berada dalam kelas yang sama ketika darjah satu dan dua sebelum membawa haluan masing-masing.

Lebih menarik, pengguna Threads tersebut turut mendedahkan bahawa Nahar pula dilahirkan pada tahun 1989, sekali gus menunjukkan jurang usia tiga tahun dengan kumpulan tersebut.

Perbezaan umur itu mencetuskan persoalan baharu dalam kalangan penonton kerana ia seolah-olah menguatkan teori bahawa Nahar tidak mempunyai hubungan rapat dengan Yasser, Zayd dan Bahamin ketika zaman kanak-kanak.

Malah, perkongsian itu turut menyatakan watak Ustaz Reyhan yang lahir pada tahun 1999 juga tidak mempunyai kaitan dengan mereka sewaktu kecil.

Penemuan tersebut pantas mencetuskan pelbagai reaksi apabila ramai mula mengaitkan maklumat berkenaan dengan misteri kematian Ahyan yang masih belum terjawab.

Ada yang berpendapat butiran kecil seperti rekod sekolah dan latar usia setiap watak mungkin menjadi petunjuk penting yang sengaja ditinggalkan oleh pihak produksi untuk membawa penonton lebih dekat kepada kebenaran sebenar.

Dengan misteri yang semakin menebal dan pelbagai rahsia yang masih belum terbongkar, Good Boys Go To Heaven dilihat terus mengekalkan momentum sebagai antara drama tempatan yang paling diperkatakan ketika ini.

Selagi kebenaran kekal tersembunyi, Kuala Makar akan terus menghantui fikiran penonton dan mencetuskan rasa tidak tenang yang sukar dilepaskan.

Tinggal hanya dua lagi episod, siapakah dalang sebenar kepada kematian Ahyan yang terus menjadi tanda tanya penduduk Kuala Makar.

Jangan lupa saksikam Good Boys Go To Heaven pada setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement