Skip to main content

Hiburan

Pengarah TARUNG: Unforgiven, Razaisyam Rashid Pelawa Jefri Nichol Berlakon, Ini Respons Tuan Badan - “Kita Kasi Jadi…”

Astro Gempak 376

Sekilas

  • Pengarah Razaisyam Rashid dan pelakon Indonesia Jefri Nichol berinteraksi secara santai di media sosial mengenai kemungkinan Jefri berlakon dalam projek filem TARUNG: Unforgiven dengan menggunakan loghat Kelantan.
  • Jefri menunjukkan minat dan sedikit gementar dengan pelawaan tersebut, manakala Razaisyam memberi bayangan pelawaan itu mungkin menjadi kenyataan pada bulan Mei nanti.
  • Filem TARUNG: Unforgiven akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei, menampilkan barisan pelakon hebat tempatan dan antarabangsa.

Interaksi spontan antara pengarah Razaisyam Rashid dan pelakon Indonesia Jefri Nichol mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Razaisyam berkongsi gambar dua pelakon filem TARUNG: Unforgiven iaitu Ikmal Amry dan Sky Iskandar sambil berseloroh mahu menambah seorang lagi pelakon dari Indonesia iaitu Jefri Nichol.

vdvv

“Dua ini berlakon dalam Tarung Unforgiven, tinggal masuk Jefri Nichol dah macam adik-beradik dah.

“Ke aku panggil dia berlakon projek seterusnya? Tapi kena bercakap Kelantanlah,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, Jefri dilihat membalas komen tersebut.

“Berapa lama aku boleh dikasih waktu untuk train cakap bahasa Kelantan bang?” soalnya.

Razaisyam kemudian membalas dengan memberi bayangan seolah-olah pelawaan itu mungkin menjadi kenyataan.

“Bulan Mei nanti turun KL, kena jumpa Aedy Ashraf dulu. Kita kasi jadi! Orang Malaysia nak sangat tengok awak jadi orang Kelantan ini,” katanya.

vddv

Mendengar cadangan tersebut, Jefri dilihat sedikit gementar dengan pelawaan tersebut.

“Alamak, langsung nervouslah aku bang,” ujarnya.

veve

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan interaksi tersebut malah teruja jika Jefri benar-benar tampil dalam projek akan datang dengan membawa watak berloghat Kelantan.
“Wuu kasi jadi.

“Buat post credit scene, new fighter join tarung, muka tak nampak just dari belakang je, pastu reveal it’s actually 
@jefrinichol.

“Boleh dah panggil Jefri, utk casting. dia dah start cuba2 reply komen netizen dalam dialek kelate,” komen beberapa netizen.

Dalam perkembangan lain, filem TARUNG: Unforgiven bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

Selain Mierul dan Aedy, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.

Anda mungkin berminat dengan

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement