Skip to main content

Kpop

Penangan Taxi Driver, Lee Je Hoon Tak Sangka Dikenali Di Malaysia - “Saya Tahu Orang Panggil Saya ‘Abang Teksi’”

Lee Je Hoon Abang Teksi

Sekilas

  • Pelakon Korea Lee Je Hoon berasa terharu dengan sokongan peminat Malaysia terhadap drama Taxi Driver musim ketiga.
  • Lee Je Hoon turut mengetahui dirinya digelar ‘abang teksi’ oleh peminat di Malaysia dan berterima kasih atas sambutan hangat di lapangan terbang.
  • Beliau bersyukur masih diterima peminat selepas 20 tahun dalam industri seni dan menghargai sokongan yang diterima sepanjang kerjayanya.

Pelakon Korea, Lee Je Hoon menyatakan rasa terharu sewaktu melihat sokong yang diberikan oleh peminat di Malaysia terhadap drama popularnya iaitu Taxi Driver yang memasuki musim ketiga.

Malah, kata Lee Je Hoon juga, dia turut mengetahui dirinya digelar sebagai ‘abang teksi’ dalam kalangan peminat di negara ini.

“Terima kasih kepada peminat di Malaysia yang memberikan sokongan untun drama Taxi Driver dan saya juga tahu yang nama panggilan saya adalah  ‘Abang Teksi’ di sini.

“Saya juga rasa terharu melihat kedatangan peminat yang menyambut saya di lapangan terbang dan sejujutnya saya rasa seperti bermimpi,” ujarnya.

Lee Je Hoon berkata demikian ketika menghadiri sesi bertemu peminat ‘2026 Lee Je Hoon Fan Meeting in Kuala Lumpur [OUR 20th MOME] bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Lee Je Hoon juga menyatakan rasa syukur kerana dirinya masih lagi diterima peminat biarpun biarpun sudah 20 tahun berada dalam industri seni.

“Saya juga rasa tidak percaya sudah 20 tahun berada dalam industri. Keberadaan saya dalam dunia seni ini adalah disebabkan sokongan semua, tanpa anda saya tidak akan berada di sini,” ujarnya.

Selain Lee Je Hoon, Taxi Driver dibintangi oleh Pyo Ye Jin, Kim Eui Sung, Bae Yu Ram dan Jang Hyuk Jin.

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Must Watch Video

Advertisement