Penampilan terkini anak perempuan Kim Kardashian hasil perkahwinan bersama Kanye West, North West mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat.
Hal ini kerana wajah remaja 12 tahun itu dilihat penuh dengan tatu palsu antaranya berbentuk bintang pada bahagian bawah mata serta ‘tulisan’ di bahagian pipi.
Advertisement
North juga dilihat memakai kanta lekap warna biru, hidung bertindik dan memakai aksesori gigi yang disifatkan keterlaluan untuknya.
Penampilan North yang ‘dipersembahkan’ dalam akaun TikTok itu menimbulkan banyak perdebatan, lapor DailyMail.uk.
“Bersedia menjadi antagonis,” tulisnya pada kapsyen dan menutup ruangan komen.
Remaja itu bersama dua rakan dengan fesyen hampir sama diketahui berpenampilan seperti itu untuk hadir ke sebuah konsert.
Meski ruangan komen di TikTok ditutup, foto yang telah tersebar menerima banyak kecaman dalam kalangan pengguna media sosial.
“Dia baru berusia 12 tahun,” tulis pengguna media sosial bersama emoji menangis.
“Ini tidak comel, sakit kepala melihatnya,” tulis yang lain.
“Dia boleh berfesyen tapi imej yang ini nampak mengarut. Ia juga tak comel untuk budak 12 tahun,” kata seorang lagi.
Malah ada yang mempersoalkan meski tato yang dilukis adalah palsu, ia masih tidak sesuai kerana usia North yang masih 12 tahun.