Skip to main content

Hiburan

Pembuka Tahun Indah Buat Mimi Fly, Wajah Hiasi Billboard Gergasi New York Times Square!

Mimi Fly

Penyanyi, Mimi Fly meluahkan rasa syukur selepas melihat wajahnya menghiasi papan iklan digital tersohor dunia Times Square New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mimi, dia pernah berangan pada usia 20-an untuk melihat dirinya berada di papan iklan besar di tepi jalan, namun tidak pernah menyangka lokasi impian itu bakal menjadi salah satu tempat paling ikonik di dunia.

“Yang kelakarnya, Mimi pernah berangan masa umur 20-an. I saw myself on a big billboard by the roadside. Mana nak tahu billboard tu dekat Times Square, New York,” tulisnya.

Menurut Mimi, kejayaan itu bukan sahaja membanggakan dirinya, malah turut membuatkan ibunya dan rakan-rakan terdekat berasa sangat gembira dengan pencapaian yang diraih.

“Mama tersangatlah bangga. Kawan-kawan rapat pun sangat happy. Saya pula rasa… unstoppable,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mimi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Spotify Asia dan Spotify atas pengiktirafan yang diterimanya menerusi kempen Spotify EQUAL, sebuah inisiatif global yang meraikan dan memperkasakan suara wanita dalam industri muzik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan ucpaan tahniah buat pelantun lagu Temberang itu. 

Untuk rekod, penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza, Yuna dan Aina Abdul antara wajah yang pernah menghiasi papan iklan di bandar New York itu

Must-Watch Video

Advertisement