Skip to main content

Berita

Mayat ‘Hilang’ Dari Kubur, Ahli Keluarga Terkejut - “Petang Tadi Aku Baru Je Pergi…”

Mayat Hilang

Seorang individu menyorot perhatian warganet selepas meluahkan rasa terkejut apabila mendakwa jenazah datuknya sudah tiada di dalam kubur ketika dia datang menziarah.

Menerusi satu perkongsian di platform TikTok, pemilik akaun One Barista berkongsi detik mengejutkan itu yang dipercayai berlaku ketika dia menziarahi pusara arwah datuknya pada waktu petang.

“Astaghfirullah… petang tadi aku baru je pergi kubur atuk aku… nak ziarah. Sekali bila aku tengok, tinggal kubur je, mayat dia tak ada,” tulisnya.

Perkongsian tersebut pantas mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan dalam kalangan netizen yang rata-rata terkejut dengan perkongsian berkenaan.

“Kalau ye btul org amik..Diorg nk wt ape?(Tanya dengan nada lembut)+(lembut)

“Allahuakbar.. cmne tu.. kes cmni kena report polis ke x tu.. smga baik² je urusan famili arwah.

“Harap semuanya baik-baik saja 🙏

“Semoga dipermudahkan segala urusan aamiin

“Ya allah minta jauh harap semuanya ok

“Kalau benda ni betul, memang dah teruk zaman sekarang,” komen netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement