Sekilas
- Filem animasi Papa Zola The Movie dipuji sarat dengan nilai kekeluargaan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
- Public Health Malaysia menyifatkan 30 hingga 40 minit pertama filem ini penuh dengan mesej penting untuk ibu bapa dan anak-anak.
- Filem ini mencatat kutipan RM25.6 juta dalam 11 hari tayangan dan mendapat respon positif daripada netizen.
Filem animasi, Papa Zola The Movie terus mendapat pujian dan perhatian ramai apabila terbaharu dipuji pula sarat dengan nilai kekeluargaan.
Menerusi ciapan dibuat Public Health Malaysia (PHM) di Threads, merek berpendapat bahawa permulaan filem keluaran MONSTA dan Astro Shaw tersebut begitu darat dengan mesej penting yang sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat bahawa Pap Zola The Movie sebagai salah satu filem animasi paling solid yang pernah mewarnai pawagam tempatan.
“30 hingga 40 minit pertama Papa Zola The Movie adalah yang paling banyak value penting untuk ibu bapa dan anak-anak.
“Setakat ini, Papa Zola memang antara paling solid dalam animasi lokal yang ada.
“Sangat sesuai untik ditonton seisi keluarga dan sangat berbaloi. Anak-anak pun enjoy dan tak bosan,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dan sependapat dengan ciapan yang ditulis PHM.
Sekadar info, Papa Zola The Movie telah mendapat respon positif dan mencatat kutipan sebanyak RM25.6 juta setakat 11 hari tayangan.
Sumber: Threads