Skip to main content

Hiburan

Papa Zola The Movie Catat 4.4 Juta Penonton di Asia Tenggara, Lepasi Kutipan RM68 Juta di Malaysia

Papa Zola The Movie

Filem animasi keluaran bersama MONSTA dan Astro Shaw iaitu Papa Zola The Movie terus mencipta sejarah apabila mencatat 4.4  juta jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara sekaligus melepasi pencapaian 4 juta yang diumumkan sebelum ini.

Statistik itu juga terus mengukuhkan lagi kedudukan Papa Zola The Movie sebagai filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi setakat ini.

Di Malaysia, Papa Zola The Movie telah meraih lebih RM68 juta kutipan pecah panggung, menjadikannya filem Malaysia ketiga tertinggi sepanjang zaman dari segi kutipan, selepas Mat Kilau dan Blood Brothers.

Menurut Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal, pihak produksi akan terus menggiatkan usaha mengajak rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga di pawagam bersempena cuti panjang tidak lama lagi.

“Menjelang cuti panjang Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah seminggu, fokus kami di Malaysia adalah untuk mengajak para keluarga untuk menonton Papa Zola The Movie bersama-sama di pawagam. Pada masa yang sama, MONSTA sedang memperluas fokus promosi ke pasaran antarabangsa susulan prestasi memberangsangkan filem ini di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Papa Zola The Movie terus mencatat sambutan yang memberangsangkan di Indonesia dan berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini.

Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures, Rivki Morais berkata pencapaian tersebut mencerminkan penerimaan positif penonton Indonesia terhadap filem itu.

“Papa Zola The Movie kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi khususnya di pusat bandar utama,” katanya.

Bagi mendekatkan filem ini dengan penonton di setiap negara, Papa Zola The Movie turut ditampilkan dalam versi alih suara yang disesuaikan mengikut bahasa tempatan, selaras dengan keperluan dan cita rasa pasaran masing-masing.

Selain Indonesia, Papa Zola The Movie akan meneruskan tayangan serta aktiviti promosi antarabangsa di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pada April, diikuti pasaran GCC lain termasuk Bahrain, Oman dan Qatar pada Mei, serta Turkiye, India dan Vietnam pada Jun.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement