Sekilas
- Eira Syazira berkongsi ucapan hari lahir istimewa buat suaminya, Azad Jazmin, yang juga pelakon dan penyampai radio Era.
- Dalam ucapan tersebut, Eira mengucapkan terima kasih atas kasih sayang dan tanggungjawab Azad sebagai suami dan bapa kepada tiga anak mereka.
- Pasangan ini berkahwin sejak 2011 dan menerima banyak doa serta ucapan hari lahir daripada netizen di ruangan komen.
Pelakon dan usahawan, Eira Syazira menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang juga pelakon dan penyampai radio Era iaitu Azad Jazmin.
Menerusi Threads, Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi menzahirkan ucapan terima kasih buat Azad kerana telah menjadi suami dan bapa yang baik buatnya dan anak-anak.
Eira turut mendoakan agar Azad yang lebih mesra disapa Pak Azad itu dikurniakan kesihatan dan dimewahkan dengan rezeki.
“Selamat hari lahir buat suamiku tercinta. Saya doakan agar awak sentiasa sihat, kuat dan dikurniakan umur yang panjang serta keberkatan di dunia dan akhirat.
“Terima kasih kerana menyayangi saya dan menjaga keluarga kita dengan baik.
“We love you dad. Today, tomorrow and forever,” luah Eira.
Eira turut memuat naik foto dan video dirinya dan anak-anak yang menghadiahkan Pak Azad dengan seutas jam tangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan hari lahir serta mendoakan agar Pak Azad dipanjangkan umur.
Untuk rekod, Eira dan Azad berkahwin pada September 2011 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 14, Ameisya Leanne Rose, 9, Areisya Suri Rose, 8.
Sumber: Threads