Skip to main content

Hiburan

Niat Nak Makan Di Rembayung Terbantut, Shah Zakaria Tiba-Tiba Kena 'Kick' Dari Group Whatsapp? - "Saya Tukar Flight..."

Shah Zakaria

Personaliti media sosial, Shah Zakaria meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dirinya dikeluarkan secara tiba-tiba daripada kumpulan Whatsapp untuk tempahan meja di restoran milik ushawan, Khairul Aming iaitu Rembayung.

Menerusi satu hantaran, Shah berkongsi dia telah mengenali seorang individu di platform Threads yang memaklumkan dia mempunyai beberapa kekosongan untuk makan di restoran Rembayung.

“Kat Threads, ada stranger kata ada seat kosong untuk Rembayung. Dapat empat meja. Saya berminat dan dah masuk group WhatsApp dah pun. Tiba-tiba remove saya," katanya.

Lebih mengecewakan, Shah memaklumkan dia sanggup menukar jadual penerbangan demi memastikan kehadirannya ke restoran berkenaan.

Perubahan jadual penerbangan itu turut melibatkan kos tambahan yang perlu ditanggung olehnya.

“Saya dari Jakarta patutnya balik Malaysia on 16th, tapi saya tukar flight ke 13th pagi, Selasa. Tukar flight bayar RM245, tiba-tiba jadi macam ni, hancur hati,” luahnya.

Walaupun berasa kecewa, Shah reda dengan apa yang berlaku dan menganggap perkara tersebut bukan rezekinya.

Berikut merupakan perkongsian penuh oleh Shah: 

Perkongsian Shah itu mengundang simpati dalam kalangan netizen dan rata-rata menasihati agar sentiasa berhati-hati dalam urusan tempahan atau perjanjian secara tidak rasmi di media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement