Sekilas
- Seorang wanita hamil di Indonesia menjadi tular selepas video dia 'ditangkap' oleh pegawai polis Satpol PP dikongsi di TikTok.
- Wanita itu kelihatan gembira dan buat pose lucu sambil suaminya merakam momen tersebut dalam kenderaan polis.
- Video tersebut meraih lebih 6 juta tontonan dan hampir 13,000 komen yang rata-rata terhibur dengan gelagat wanita itu.
Seorang wanita hamil di Indonesia mengundang perhatian netizen apabila dia mengidam ditangkap oleh pegawai polis.
Menerusi perkongsian video tular yang dimuat naik di TikTok akaun @masbobbbiii menunjukkan wanita tersebut sedang duduk di dalam kenderaan berwarna hitam dan bertulis ‘Polis Pramong Praja’.
Lebih mencuit hati netizen apabila wanita itu juga kelihatan gembira dan memberikan senyuman sambil melakukan ‘pose’ lucu buat suami yang merakamkan momen tersebut.
“Pov, isteri mengidam ditangkap satpol PP,” tulis pengguna akaun tersebut.
Sehingga kini, rakaman itu mencatatkan lebih 6 juta tontonan dan hampir 13,000 komen yang rata-ratanya menyatakan rasa terhibur dengan gelagat si isteri itu.
Sumber: TikTok @masbobbbiii