Skip to main content

Hiburan

Netizen Dakwa Tiada Peningkatan, Koreografer Tampil Pertahan ALPHA - "Itu Bukan Untuk Anda Tentukan..."

Astrogempak KIN

Sekilas

  • Koreografer ALPHA, Nik Nazran, mempertahankan kumpulan itu selepas menerima kritikan mengenai persembahan mereka yang dikatakan tidak seiring walaupun sudah menjalani latihan intensif di Korea Selatan.
  • Nik menjelaskan usaha keras ahli ALPHA di studio latihan yang tidak dilihat oleh orang luar, dan menegaskan mereka serius dalam kerja walaupun masih belum sempurna.
  • ALPHA hanya diberi masa empat hari untuk menyiapkan tiga lagu dengan koreografi baru, menjelaskan cabaran yang dihadapi kumpulan itu.

Koreografer ALPHA, Nik Nazran tampil mempertahankan kumpulan itu selepas menerima kritikan daripada seorang netizen yang mendakwa persembahan mereka masih tidak seiring meskipun telah menjalani latihan intensif di Korea Selatan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, individu tersebut mendakwa ALPHA tidak menunjukkan banyak peningkatan dan mempersoalkan kesungguhan mereka dalam latihan.

“No improvement, praktis menari sampai Korea. Still tak sync, tak take work serious. You group yang banyak dancing, company yang handle diorang ni pun leka. Susah nak kekal sebagai group kalau macam ni. So messy,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri,  Nik menjelaskan bahawa kritikan tersebut tidak menggambarkan usaha sebenar yang telah dicurahkan oleh setiap anggota ALPHA di sebalik tabir.

Menurutnya, orang luar mungkin tidak melihat berapa banyak masa yang dihabiskan oleh mereka di studio latihan demi memastikan setiap persembahan berada pada tahap terbaik.

“Masih tak sync, ya. Tapi untuk kata mereka tidak mengambil kerja ini dengan serius, itu bukan untuk anda tentukan.

“Jam yang mereka habiskan di studio adalah sesuatu yang anda tidak nampak. Untuk individu yang bukan penari profesional, mereka sebenarnya melakukan tugas yang sangat baik.” ujarnya. 

Nik turut mendedahkan bahawa ALPHA hanya mempunyai tempoh yang singkat untuk menyiapkan persembahan melibatkan tiga buah lagu dengan koreografi baharu.

“Mereka hanya ada empat hari untuk menyiapkan tiga lagu dengan koreografi baharu.

“Bantu naikkan semangat orang lain atau berada dalam kedudukan yang boleh memberi panduan yang bernilai,” katanya lagi.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak hantaran tersebut sudah pun dipadam. 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement