Skip to main content

Hiburan

Netizen Dakwa Aisha Retno & Mila Mohsin Dipilih Sebab Ada ‘Kabel’ Kuat, Ini Respons Tuan Badan - “Kami Berdua Telah Melalui…”

ASTROGEMPAK Aisha

Sekilas

  • Aisha Retno dan Mila Mohsin diumumkan sebagai pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical dan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.
  • Ada netizen yang menganggap pemilihan mereka kerana pengaruh, namun Aisha menegaskan mereka melalui pelbagai peringkat uji bakat sebelum dipilih.
  • Aisha berharap semua orang memberi sokongan dan membeli tiket pementasan yang dijadualkan pada Oktober nanti.

Pengumuman penyanyi Aisha Retno dan pelakon Mila Mohsin sebagai pelakon utama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical mendapat pelbagai reaksi.

 

Biarpun Aisha dan Mila banyak menerima respons positif daripada wargamaya namun terdapat segelintir netizen yang beranggapan pemilihan tersebut disebabkan mereka mempunyai pengaruh yang kuat. 

 

Menerusi komen di TikTok Aisha, individu tersebut berharap lakonan mereka berdua hebat memandangkan sudah terpilih untuk memegang watak sebagai Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah. 

 

“Kabel kuat ni… harap lokonan pun mantap la!” komen individu tersebut. 

 

Membalas komen tersebut, Aisha menegaskan dia dan Mila melalui pelbagai peringkat uji bakat sebelum dipilih untuk menggalas tanggungjawab yang besar. 

 

Malah penyanyi lagu Jodoh Lebaran ini turut memberitahu anak kepada Allahyarham selebriti terkenal Hani Mohsin itu sememangnya sesuai untuk memegang watak Puteri Gunung Ledang. 

 

“Kami berdua telah melalui pelbagai peringkat uji bakat, ia bukanlah ‘mendapatkan kabel’ untuk kami. 

 

“Mila memang sesuai untuk watak ini juga!” jelas Aisha. 

 

Dalam pada itu, Aisha berharap semua orang akan memberi sokongan terhadap mereka berdua dan membeli tiket untuk pementasan yang dijangka akan berlangsung pada Oktober depan. 

 

“Sokong kami dua okay… jangan lupa beli tiket untuk Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Advertisement