Skip to main content

Indonesia

Nama Anak Lelaki Virgoun, Perfexio Muthmain Jadi Bualan

Astro Gempak virgoun (3)

Sekilas

  • Penyanyi Virgoun dan isteri barunya, Lindi Fitriyana, baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pertama mereka hujung minggu lalu.
  • Bayi tersebut adalah anak keempat Virgoun dan diberi nama Perfexio Muthmain Virgoun, yang bermaksud kesempurnaan dan harapan agar menjadi anak yang baik.
  • Virgoun sebelum ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Inara Rusli, masing-masing diberi nama unik dan bermakna.

Penyanyi Virgoun baru menimang cahaya mata pertama dengan isteri baharunya, Lindi Fitriyana pada hujung minggu lalu. Pasangan tersebut dikurniai seorang anak lelaki.

Bayi lelaki tersebut menjadi anak pertama buat Lindi namun keempat untuk Virgoun kerana telah mempunyai tiga permata hati hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Inara Rusli.

Selain kontroversi isterinya selamat melahirkan anak hanya selepas tiga bulan menikah, nama bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan itu juga menjadi perhatian.

Virgaun telah memberi nama anak lelaki keempat itu dengan nama Perfexio Muthmain Virgoun. Pemilihan nama Perfexio Muthmain itu kemudian pantas menarik perhatian ramai yang ingin mengetahui maksud di sebaliknya.

Kakak penyanyi itu, Febby menjelaskan nama tersebut merujuk kepada kata perfection atau kesempurnaan yang disertai doa agar sang anak tumbuh menjadi sosok yang baik.

"Nama itu kan doa. Semoga sesuai dengan harapan, anaknya jadi anak kebanggaan dan anak yang baik,”  Febby seperti dilaporkan Kompas.

Sebelumnya, dari pernikahan dengan Inara, Virgoun memberi tiga anaknya dengan nama Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-sya'ir Virgoun, dan Terang Syarique.

Anda mungkin berminat dengan

[Carton] Aiwibi Comfy Dry Baby Diaper Tape / Pants (3 Packs) 1.8mm Ultra Thin

[Carton] Aiwibi Comfy Dry Baby Diaper Tape / Pants (3 Packs) 1.8mm Ultra Thin

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M168/L144/XL120 (4 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M168/L144/XL120 (4 Packs)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Advertisement